Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo Malaysia Pertontonkan Apex, Telefon Pintar Konsep Tanpa Sebarang Butang Fizikal Dan Lubang Pengecasan

Vivo Malaysia Pertontonkan Apex, Telefon Pintar Konsep Tanpa Sebarang Butang Fizikal Dan Lubang Pengecasan

Diterbitkan April 9, 2019 · Dikemas kini April 9, 2019 oleh Helmi Samsuri

Ingatkah anda beberapa bulan yang lalu, Vivo telah mengadakan acara memperkenalkan model konsep telefon pintar 5G mereka, Vivo Apex, yang dilangsungkan di Beijing.

Vivo Malaysia Pertontonkan Apex, Telefon Pintar Konsep Tanpa Sebarang Butang Fizikal Dan Lubang Pengecasan

Selain difokuskan untuk rangkaian generasi kelima, 5G, model konsep ini tampil dengan rekaan yang minimalis tanpa sebarang butang fizikal mahupun lubang bagi bicu audio 3.5mm.

Menguasakannya dari dalam adalah cip Snapdragon 855 dengan kombinasi memori RAM 12GB serta 512GB ruang simpanan.

Vivo Malaysia Pertontonkan Apex, Telefon Pintar Konsep Tanpa Sebarang Butang Fizikal Dan Lubang Pengecasan

Skrin yang terbentang luas itu menggunakan teknologi Body SoundCasting yang menjadikan paparannya bergetar untuk menghasilkan bunyi sepertimana yang boleh didapati pada Vivo Nex.

Vivo Malaysia Pertontonkan Apex, Telefon Pintar Konsep Tanpa Sebarang Butang Fizikal Dan Lubang Pengecasan

Reka bentuk futuristik ini dilengkapkan lagi dengan kehadiran sensor imbasan cap jari pada skrin yang menurut Vivo, pengguna boleh lakukan imbasan pada mana-mana bahagian skrin paparan.

Vivo Malaysia Pertontonkan Apex, Telefon Pintar Konsep Tanpa Sebarang Butang Fizikal Dan Lubang Pengecasan

Sensor besar yang digunakan juga memberi ruang kepada kepantasan dalam penggunaan aplikasi. Contohnya, apabila pengguna menyalakan skrin peranti dan sentuh pada ikon aplikasi, proses nyahkunci akan dilakukan dan dalam masa yang sama mengakses terus pada aplikasi tersebut. Terdapat sensor kapasitif dibahagian sisi berfungsi untuk menyalakan skrin.

IMG20190409151133 (1)

Bagi pengecasan dan pemindahan data pula, Apex dilengkapi dengan MagPort dibahagian belakang (lebih kurang seperti Macbook Air) iaitu sambungan pengecasan magnetik.

Vivo Malaysia Pertontonkan Apex, Telefon Pintar Konsep Tanpa Sebarang Butang Fizikal Dan Lubang Pengecasan

Model konsep telefon pintar 5G Vivo yang pertama ini akan dimuatkan dengan teknologi pembantu maya Jovi, AI, IoT, AR serta VR bagi menghadapi era masa hadapan yang lebih canggih.

Buat masa sekarang ia hanya model konsep dan Vivo belum mendedahkan lagi bilakah ia akan dikomersialkan untuk penawaran kepada umum. Jika ia dijual pada masa hadapan, adakah anda salah seorang yang berminat untuk memilikinya?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY