Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
APEX 2019

Vivo Mengumumkan Vivo APEX 2019 – Tanpa Butang Fizikal Dan Port Pengecasan

Diterbitkan Januari 24, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pada acara yang berlokasi di Beijing hari ini, Vivo dengan rasminya mengumumkan model konsep telefon pintar 5G pertama mereka, APEX 2019.

Peranti ini bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 disamping sistem memori RAM 12GB dan 256GB ruang simpanan. Meningkatkan lagi prestasi APEX 2019, ia akan hadir dengan pembantu maya, Jovi AI Assistant bersama-sama ciri pintar yang lain.

Disebut sebagai peranti masa hadapan, Vivo menyerapkan sokongan 5G bersama-sama teknologi lain seperti AI, IoT, AR serta VR.

APEX 2019

APEX 2019 tampil dengan skrin paparan penuh yang dipanggil Curved-Surface Waterdrop Glass tanpa bezel. Ia membuang beberapa ciri dan butang fizikal seperti speaker yang digantikan dengan teknologi Body SoundCasting, dan juga penggunaan teknologi Touch Sense.

Bagi pengecasan bateri dan pemindahan data, MagPort berasaskan magnetik ditawarkan untuk menggantikan port USB biasa.

Hampir keseluruhan skrin diliputi dengan sensor yang mana membenarkan pengguna mengimbas cap jari dari mana-mana bahagian skrin.

https://wiser.my/wp-content/uploads/2019/01/APEX-2019.mp4

Selain itu, ciri keselamatan dapat dipertingkatkan dengan sensor dalam paparan yang lebih besar. Contohnya, apabila pengguna menyalakan skrin dan sentuh pada ikon aplikasi, ia akan mengimbas cap jari dan dalam masa yang sama mengakses terus kepada aplikasi. Ini memberikan pengalaman penggunaan yang lebih pantas dan efisien.

APEX 2019 akan muncul pada acara MWC 2019 yang bakal berlangsung di Barcelona Februari nanti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY