Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo Lancar NEX Browser Dengan Fungsi Sekatan Iklan Dan Antaramuka Ringkas

Vivo Lancar NEX Browser Dengan Fungsi Sekatan Iklan Dan Antaramuka Ringkas

Diterbitkan Mac 11, 2020 oleh Amalina Athman

Dalam acara yang berlangsung semalam, vivo telah melancarkan Vivo NEX 3S. Selain pelancaran peranti baru, syarikat tersebut turut mendedahkan pelayar baru dengan nama NEX Browser.

Pelayar NEX ini berasaskan chromium kernel dan bertujuan untuk menyediakan pengalaman yang lebih lancar kepada pengguna. Pelayar ini mempunyai antaramuka (UI) yang sangat minimalis serta boleh digunakan dengan carian teks serta arahan suara.

NEX Browser
Gizmochina

Antara fungsi paling menarik yang ditawarkan adalah sekatan iklan yang terbina pada pelayar ini. Pada masa ini, pengiklanan di internet semakin meningkat dan iklan tersebut cenderung untuk mengalih perhatian dari kandungan yang ingin dilihat.

Dengan NEX Browser, ia akan memberikan pengalaman baik kepada pengguna dalam menyekat iklan pada laman sesawang yang dilayari. Ia juga berpotensi menghalang pengguna dari bahaya seperti terdedah kepada perisian hasad dan perisian tebusan (ransomware) yang boleh merosakkan fungsi telefon serta mencuri data peribadi pengguna.

Sumber: Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY