Berdasarkan laporan dari Strategy Analytics, vivo menjadi jenama telefon pintar 5G yang kedua paling cepat berkembang di dunia untuk suku pertama 2021.
vivo kekal memegang pasaran di China dan Eropah pada masa kini dan akan terus menawarkan pengalaman 5G terbaik kepada penggunanya.
Secara keseluruhan, Samsung adalah jenama nombor satu dalam pembangunan telefon 5G dengan nilai pertumbuhan QOQ 79% berbanding vivo 62%. Ia kemudian diikuti OPPO 55% dan Xiaomi 41%.
Bagaimanapun, rangkaian 5G masih lagi baharu di negara kita dan kebanyakan pemilik peranti 5G belum merasai kepantasan rangkaian tersebut.
Sumber: Siaran Akhbar vivo
Baca juga – Malaysia Kedua Tertinggi Di Dunia Penggunaan Data Mudah Alih
Baca juga – Ini Negara Yang Mempunyai Kelajuan 5G Terpantas Di Dunia