Malaysia Kedua Tertinggi Di Dunia Penggunaan Data Mudah Alih

Laman analisis OpenSignal telah mengeluarkan laporan berkaitan penggunaan purata data mudah alih di 65 buah negara.

Dalam laporan yang diterbitkan OpenSignal bertajuk "Quantifying The Impact Of 5G And Covid19 On Mobile Data Consumption" mendedahkan berlaku peningkatan penggunaan data mudah alih pada suku pertama tahun ini berbanding tahun lalu bagi suku yang sama.

Secara purata, penggunaan data mudah alih bagi suku pertama tahun ini meningkat sebanyak 1.3GB data bagi setiap pengguna telefon pintar.

OpenSignal mendedahkan, pengguna telefon pintar di negara Taiwan secara purata menggunakan data mudah alih tertinggi iaitu sebanyak 30.9GB data/bulan.

Ia adalah 10 kali ganda lebih tinggi berbanding penggunaan data mudah alih terendah di negara Portugal di mana secara purata pengguna telefon pintar negara itu hanya menggunakan sebanyak 3GB data sahaja sebulan.

Menjadikan lebih menarik, kedudukan kedua pengguna telefon pintar yang paling banyak menggunakan data mudah alih mereka setiap bulan adalah pengguna di Malaysia.

Dianggarkan, pengguna data mudah alih di Malaysia secara purata menggunakan data sebanyak 25.7GB setiap bulan.

Jumlah itu sekaligus mengatasi penggunaan data mudah alih setiap bulan oleh pengguna di negara-negara besar yang lain seperti Korea Selatan, Indonesia, Amerika Syarikat, Jepun dan lain-lain.

Berikut adalah senarai penggunaan purata data mudah alih oleh pengguna telefon pintar di 65 buah negara setakat suku pertama tahun 2021 menurut OpenSignal:-



Sumber: OpenSignal

Baca juga: Ini Negara Yang Mempunyai Kelajuan 5G Terpantas Di Dunia