Laporan terbaharu dari SpeedCheck, Korea Selatan kini menduduki tangga teratas bagi purata kelajuan 5G terpantas di seluruh dunia dengan 449.31 Mbps. Ia diikuti Taiwan (135.36 Mbps), UK (126.49 Mbps), Japan (124.25 Mbps) dan Jerman (120.69 Mbps).
Buat pengetahuan, Korea Selatan antara yang terawal menggunakan rangkaian tersebut. Dengan kelajuan sebegitu, rakyat di negara tersebut dapat menikmati pengalaman cemerlang dalam e-sukan dan permainan awan (cloud gaming), aplikasi AR/VR, siaran langsung sukan 360º dan banyak lagi.
Bagi yang tertanya-tanya, harga pelan internet mereka bukanlah terlalu murah atau terlalu mahal kerana secara purata rakyat mereka membayar dalam US$2 per Gigabyte.
Berbeza di negara kita, sebenarnya terdapat juga pelan yang mampu milik. Namun, masalah utama yang dihadapi adalah liputan internet yang kurang memuaskan.
Sehingga kini, masih ramai rakyat kita yang tidak mempunyai capaian internet yang cemerlang walaupun ia adalah satu keperluan.
Mungkin infrastruktur rangkaian 5G sudah pun ingin dibangunkan tidak lama lagi di Malaysia. Akan tetapi, sepatutnya kerajaan bersama syarikat telekomunikasi perlu menaik taraf perkhidmatan 4G yang sedia ada terlebih dahulu.
Sumber: speedcheck
Foto utama: digitimes
Baca juga – Ini 5 Model Telefon Pintar Dengan Keupayaan Muat Turun/Naik Data Terpantas Di Malaysia
Baca juga – Telefon Pintar Ini Dinobatkan Telefon Terbaik Untuk Tahun 2021
Baca juga – 9 Aplikasi Android Ini Didapati Mencuri Data Log Masuk Dan Kata Laluan Facebook