Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vine divine_2

Vine Buat ‘Comeback’ Sebagai diVine – Tiada Kandungan AI, Lebih 100,000 Video Dikembalikan

Diterbitkan November 14, 2025 · Dikemas kini November 14, 2025 oleh Amalina Athman

Pengasas bersama dan bekas CEO Twitter, Jack Dorsey, menepati janjinya untuk menghidupkan semula platform video enam saat Vine.

Platform yang dibangunkan semula ini, dikenali diVine, membolehkan pengguna mengakses lebih 100,000 video arkib daripada platform asal, yang dipulihkan daripada sandaran lama sebelum Vine ditutup, menurut laporan TechCrunch.

vine divine_3

Untuk rekod, Vine pernah mencatat lebih 200 juta pengguna aktif setiap bulan pada zaman kegemilangannya sepuluh tahun lalu, tetapi dihentikan pada 2016.

diVine bukan sekadar platform untuk mengenang nostalgia. Ia juga membolehkan pengguna membuat profil dan memuat naik video baharu, sambil mengekalkan pengalaman sosial yang asli.

vine divine_5
vine divine_4
vine divine_7

Berbeza dengan media sosial sedia ada, diVine melarang kandungan yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) sama sekali. Sebarang kandungan yang disyaki dijana AI akan ditandakan dan dihalang daripada disiarkan.

Bagi video Vine yang dipulihkan, pencipta masih memiliki hak cipta terhadap karya masing-masing. Sekiranya ingin video dipadam, permintaan penarikan di bawah Akta Hak Cipta Digital Milenium (DMCA) boleh dihantar kepada diVine.

Pemilikan akaun boleh disahkan dengan menunjukkan kawalan terhadap akaun media sosial yang asalnya disenaraikan dalam bio Vine. Proses ini tidak secara automatik, jadi mungkin terdapat kelewatan sekiranya ramai pencipta mencuba serentak.

DiVine kini boleh diakses di iOS dan Android melalui diVine.video.

Berkaitan

  • Jack Dorsey Cipta Aplikasi Jejak Vitamin D Dengan iPhone Pula
  • Boleh Hantar Mesej Tanpa Internet, bitchat mesh Kini Tersedia Di App Store
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY