Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
reddit_instagram unskippable ads

Vietnam Tetapkan Iklan Dalam Talian Wajib Boleh ‘Skip’ Dalam Tempoh 5 Saat

Diterbitkan Januari 5, 2026 oleh Amalina Athman

Vietnam akan melaksanakan peraturan baharu dalam Akta Pengiklanan, termasuk bagi aktiviti pengiklanan dalam talian, yang berkuat kuasa 15 Februari 2026.

Peraturan ini menetapkan masa menunggu maksimum 5 saat bagi iklan video dan urutan imej bergerak. Ini bermakna, platform dalam talian di Vietnam tidak dibenarkan memaksa penonton menunggu lebih daripada 5 saat sebelum iklan berbentuk video boleh ditutup atau dilangkau (skip).

Selain itu, peraturan tersebut turut menggariskan tiada masa menunggu diperlukan untuk menutup iklan berbentuk imej statik. Ciri atau ikon untuk menutup iklan pula perlu memastikan iklan boleh ditutup dengan satu interaksi, tanpa ikon palsu, sukar dibezakan atau dikenal pasti.

Vietnam advertisement 5 seconds

Langkah ini dilihat sebagai usaha melindungi pengalaman pengguna dalam talian, khususnya berkaitan iklan pop-up dan video panjang.

Di Malaysia, peraturan sebegini boleh dijadikan sebagai panduan untuk diterapkan pada platform dalam talian, terutamanya apabila sesetengah penyedia kini dilihat menayangkan iklan video terlalu panjang, malah ada yang tidak boleh dilangkau.

Berkaitan

  • YouTube Nafi Sembunyi Butang 'Skip', Hanya Ubah Elemen Iklan
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Apple Akan Paparkan Lebih Banyak Iklan Dalam Carian App Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY