Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Nafi Sembunyi Butang ‘Skip’, Hanya Ubah Elemen Iklan

YouTube Nafi Sembunyi Butang ‘Skip’, Hanya Ubah Elemen Iklan

Diterbitkan Oktober 10, 2024 · Dikemas kini Oktober 10, 2024 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, sebilangan pengguna mendakwa YouTube cuba menyembunyikan butang langkau (skip) dengan meletakkan segi empat berwarna hitam di atas butang tersebut.

Dalam kenyataan kepada The Verge, YouTube kini menjelaskan bahawa ia tidak mengalih keluar butang langkau itu. Sebaliknya, hanya mengubah beberapa elemen mengenai cara iklan itu dipaparkan.

YouTube tidak menyembunyikan butang langkau. Pada iklan boleh langkau, butang muncul selepas 5 saat dalam playback, seperti biasa.

Mengenai perubahan itu, jurucakap YouTube Oluwa Falodun berkata platform itu mengurangkan elemen pada pemain iklan supaya “penonton boleh melibatkan diri lebih mendalam dengan iklan melalui pengalaman yang lebih jelas”.

Pengguna YouTube desktop dan mudah alih juga boleh melihat pemasa kiraan detik untuk melangkau iklan “yang muncul sebagai bar progress di bahagian bawah skrin”.

Perbezaan di sini nampaknya ialah butang langkau tidak dialih keluar, tetapi ia mungkin tidak dipersembahkan dengan cara yang sama seperti dahulu.

Walaupun ia meyakinkan bahawa syarikat itu tidak menyembunyikan butang langkau, YouTube secara aktif meluaskan cara di mana dan bagaimana pengguna melihat iklan.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • YouTube Adalah Salah Satu Saluran Media Yang Paling Berkesan Untuk Pengiklanan - Kajian
  • YouTube Shorts Akan Sokong Hingga 3 Minit, Bermula Oktober Ini
  • YouTube Sembunyikan Butang 'Skip' Pada Aplikasi Mudah Alih Pula

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY