Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vietnam Gantung Cukai Alam Sekitar Untuk Turunkan Harga Petrol

Vietnam Gantung Cukai Alam Sekitar Untuk Turunkan Harga Petrol

Diterbitkan Mac 27, 2026 oleh ariff bukhari

Vietnam telah menggantung sementara cukai alam sekitar ke atas bahan api bagi menurunkan harga petrol yang melonjak, dengan pengurangan lebih daripada suku, menurut kementerian perdagangan pada Jumaat.

Langkah ini diambil susulan gangguan bekalan tenaga global akibat konflik di Timur Tengah.

Kadar cukai perlindungan alam sekitar bagi petrol, diesel dan bahan api penerbangan dikurangkan kepada sifar bermula Jumaat hingga 15 April, menurut kenyataan kementerian tersebut.

“Ini dianggap sebagai penyelesaian segera dan berkesan untuk menstabilkan pasaran petroleum serta memastikan keselamatan tenaga negara ketika konflik di Selat Hormuz semakin memuncak, yang mewujudkan ‘sekatan tenaga terbesar pernah berlaku’,” kata kementerian itu.

Data yang dikeluarkan menunjukkan langkah tersebut akan menurunkan harga petrol sekitar 26 peratus, manakala harga diesel berkurang sedikit lebih 15 peratus selepas kos bahan api melonjak awal minggu ini.

Kerajaan turut menurunkan harga petrol RON95 kepada 24,332 dong (sekitar AS$0.92) seliter pada Jumaat, berbanding 32,957 dong sebelum ini.

Harga diesel pula turun kepada 35,440 dong seliter.

Vietnam sebelum ini telah melaraskan harga bahan api sebanyak dua kali pada Rabu bagi menurunkan kos, selepas harga diesel meningkat lebih dua kali ganda sejak bermulanya konflik di Timur Tengah pada akhir bulan lalu.

Lonjakan harga minyak sejak tercetusnya konflik itu telah menyebabkan kos bahan api meningkat mendadak dan mencetuskan kebimbangan kekurangan bekalan di seluruh dunia, selepas Iran sebahagiannya menutup laluan perdagangan tenaga penting di Selat Hormuz. – AFP.

Berkaitan

  • BP Temui Telaga Minyak Berkualiti Tinggi Dan Terbesar Di Brazil
  • Kerajaan Teliti Cadangan Guna MyKad Untuk Pembelian Minyak Masak Bersubsidi
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY