Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2020-07-13 at 11.50.45 PM

Video Perlihatkan Spesifikasi Penting Pada Lenovo Legion Phone

Diterbitkan Julai 13, 2020 oleh Helmi Samsuri

Pelbagai informasi awal sudahpun kita ketahui tentang Lenovo Legion, telefon pintar memfokuskan permainan yang bakal hadir pada 22 Julai nanti. Sudah disahkan penggunaan Snapdragon 865+, penawaran tersebut akan dikuatkan lagi dengan sejumlah spesifikasi terbaik.

Antara yang disebut-sebut adalah ciri kadar segar semula 144Hz. Melalui perkongsian dari Weibo, terdapat poster yang mempamerkan kelebihan kadar segar semula 144Hz berbanding 60Hz.

Video Perlihatkan Spesifikasi Penting Pada Lenovo Legion Phone

Mengungkap laporan SparrowNews pula, sebuah video dimuat naik memperlihatkan sistem antaramuka ZUI 12 (LegionOS) yang akan diketengahkan pada model itu.

https://www.youtube.com/watch?v=na8ztJWQw9o&feature=emb_title

Selain daripada itu, paparan pada bahagian tetapan turut menyajikan beberapa lagi spesifikasi penting lain seperti Snapdragon 865, storan 128GB, RAM 6GB, kadar segar semula 144Hz, bateri 5000mAh serta sokongan pengecasan 90W.

Ia sedikit bertentangan dengan perkhabaran spesifikasi sebelum ini yang mana ini berkemungkinan model asas. Terdapat jangkaan yang ia akan turut ditawarkan dalam versi Pro yang dilengkapi dengan RAM 16GB seta memori sehingga 512GB.

Pada tarikh yang sama iaitu 22 Julai depan, sebuah lagi pesaing rapat akan muncul iaitu ROG Phone 3 . Ini sememangnya saat yang menarik dan ditunggu-tunggu bagi peminat-peminat telefon pintar gaming. Adakah anda salah seorang yang dimaksudkan? Model mana yang lebih mengujakan anda?

Sumber: Weibo dan SparrowNews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY