Sebelum ini, anda mungkin sedia mendengar khabar berita tentang peranti-peranti terawal yang akan dikuasakan cip pemprosesan ini. Peranti dimaksudkan adalah ROG Phone 3 dan Lenovo Legion.
Desas-desus yang dibualkan itu nampaknya kini sudah disahkan berdasarkan hebahan berita dari Qualcomm. Memetik kenyataan (melalui Qualcomm),Bryan chang, Pengurus Besar Telefon Pintar ASUS, ROG Phone 3 akan tampil dengan Snapdragon 865+ dan spesifikasi penuh model itu akan diumumkan pada minggu yang mendatang.
Dalam berita yang sama, Jerry Tsao, Timbalan Presiden Kumpulan Permainan Lenovo pula menyatakan sub-jenama permainan mereka iaitu Legion akan membuka lembaran baru dalam pasaran mudah alih pula. Penawaran itu yang digandingkan dengan Snapdragon 865+ bakal memberikan pengalaman terbaik untuk permainan mudah alih 5G.
Menurut Qualcomm, peranti-peranti terawal yang dilengkapkan dengan Snapdragon 865+ akan muncul sekitar suku ketiga tahun ini.
Sepertimana yang kita telah ketahui, ROG Phone 3 sudah mengesahkan acara pengenalan pada 22 Julai ini. Sementara itu, masih belum kedengaran lagi tentang tarikh sebenar pelancaran Lenovo Legion tetapi ia bakal diadakan pada bulan ini juga.
Sumber: Qualcomm
Berkaitan
- Malaysia Kini Fokus Untuk Melajukan Sambungan Internet
- Android 11 Developer Preview - Apa Yang Baru?
- Vivo Rasmikan Dua Telefon Baru, Harga Dari RM1499
- Samsung Lancar 2 Produk Usaha Sama Harman Kardon
- Xiaomi Perkenal Tablet, Mi Pad 5 Dan Mi Pad 5 Pro
- Instagram Akan Sekat Promosi Produk Vape Pada Platform Mereka
- OneDrive Tidak Lagi Menyokong Sistem Fail FAT, exFAT dan REFS
- Black Shark Lucifer T1, TWS Baru Di Malaysia Dengan Harga RM169
- Xiaomi Mi A3 Dan Mi A3 Lite Mungkin Dikuasakan Dengan Cip Snapdragon Siri 700
- Samsung Galaxy S10 Versi 5G Mungkin Akan Ada 6 Kamera