Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Cybertruck

Video Papar Cybertruck Dipercayai Sengaja Diletupkan Di Hotel Trump Di Las Vegas Pada Tahun Baru 2025

Diterbitkan Januari 2, 2025 ยท Dikemas kini Januari 2, 2025 oleh ariff bukhari

Sebuah Tesla Cybertruck telah meletup di luar Hotel Trump International di Las Vegas pada pagi tahun baru 2025.

Insiden itu telah menyebabkan seorang maut dengan tujuh lagi cedera. Letupan yang berlaku sekitar jam 8:40 pagi di kawasan valet hotel itu dilaporkan bermula dengan asap dan seterusnya api merebak dari kenderaan sehingga EV itu meletup.

Pihak polis di sana mengesahkan bahawa seorang individu dalam kenderaan itu terbunuh, sementara 7 orang lain mengalami kecederaan ringan, dengan dua dibawa ke hospital.

Para tetamu hotel juga turut dipindahkan ke Resorts World Las Vegas sebagai langkah berjaga-jaga.

Siasatan awal mendapati Cybertruck tersebut membawa bahan letupan jenis mortar bunga api, mencetuskan kemungkinan insiden letupan itu disengajakan.

CEO Tesla, Elon Musk mengesahkan bahawa letupan itu disebabkan oleh bahan letupan besar yang dibawa di bahagian belakang trak, bukan masalah teknikal kenderaan.

Polis sedang menyiasat motif kejadian, termasuk kemungkinan tindakan jenayah atau keganasan.

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Stesen Pengecas 500kW Tesla Supercharger V4 Akan Dilancar Pada 2025
  • Saintis UK Bangunkan Bateri Berlian Karbon-14, Ada Potensi Kuasakan Peranti Sehingga Beribu Tahun

Sumber: CBS News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • "Bapa PlayStation" Anggap Bantahan Terhadap Penghentian Cakera Fizikal Mungkin Isu Mentaliti
  • COROS PACE 4 Pro Dengan Bateri Hingga 21 Hari Tiba Di Malaysia Pada Harga RM1,999
  • Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal - Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksana
  • Xbox Cloud Gaming Kini Ada Pakej Ikut Jam, Bermula AS$3.99
  • "Iron Man" Dan Snap Berkolaborasi Lancar Cermin Mata AR Berharga RM10,000
  • Perkhidmatan Dalam Talian TH-Maybank Islamic Kembali Beroperasi - Tabung Haji
  • Berpindah Ke Malaysia Atau Dibuang Kerja, 50 Pekerja Kontrak Amazon Di Jepun Dilaporkan Diberi Kata Dua
  • Google Maps Di Apple CarPlay Kini Mula Terima Gemini AI
©2026 WISER.MY