Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 11_toms hardware credit

(Video) Microsoft Kembalikan Ciri ‘Wallpaper Video’ Di Windows 11

Diterbitkan September 22, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft kini dilaporkan sedang menguji ciri baharu dalam Windows 11 yang membolehkan pengguna menetapkan video sebagai latar belakang desktop.

Ciri ini menyokong format seperti MP4 dan MKV, dan akan dimainkan setiap kali pengguna melihat skrin desktop mereka.

Ia menyerupai fungsi popular dalam aplikasi pihak ketiga seperti Wallpaper Engine, yang sering tersenarai antara aplikasi paling banyak digunakan di Steam.

Sebenarnya, ciri ini bukanlah sesuatu yang baharu. Microsoft pernah memperkenalkan konsep serupa melalui DreamScene dalam Windows Vista Ultimate, namun ia dihentikan dalam Windows 7.

Permintaan terhadap latar belakang video sangat tinggi dalam kalangan pengguna Windows, dan Microsoft telah lama menguji versi dinamik yang sepatutnya dilancarkan pada tahun 2023, tetapi tidak dimasukkan ke dalam versi akhir Windows 11.

https://x.com/phantomofearth/status/1969399576026140731

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Toyota Lancar EV Serbaguna Futuristik Berharga ~RM899,000
  • MSI Tampilkan 'Laptop Gaming' Edisi Terhad Kerjasama Mercedes-AMG Di TGS 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY