Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
e-Pallete 2

Toyota Lancar EV Serbaguna Futuristik Berharga ~RM899,000

Diterbitkan September 22, 2025 · Dikemas kini September 22, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas memperkenalkannya sebagaI mobiliti konsep 7 tahun lalu, Toyota akhirnya melancarkan e-Palette, kenderaan elektrik serbaguna (BEV) yang direka untuk pelbagai kegunaan seperti bas ulang-alik, kedai bergerak dan ruang hiburan.

Dengan reka bentuk dalaman yang luas, tingkap besar dan lantai rendah, ia mesra pengguna termasuk untuk mereka yang berkerusi roda.

e-Pallete kokpit

e-Palette menyokong pemanduan automatik Tahap 2 dan dijangka mencapai Tahap 4 menjelang 2027.

Ia dilengkapi sistem Steer-by-Wire, papan tanda digital boleh ubah, serta fungsi bekalan kuasa kecemasan semasa tidak bergerak.

Dengan bateri litium ion berkapasiti 72.82 kWh, e-Palette mampu menghasilkan tenaga setinggi 150 kW dan tork 266 N・m.

Untuk pengecasan pula, baterinya boleh dicas 80% kapasiti sepantas 40 minit dengan  pengecas pantas DC 90 kW.

Toyota Lancar EV Serbaguna Futuristik Berharga ~RM899,000
Toyota Lancar EV Serbaguna Futuristik Berharga ~RM899,000

 

Toyota akan memperkenalkan e-Palette di TOYOTA ARENA TOKYO dan Woven City sebagai sebahagian daripada visi “Beyond Zero” untuk mobiliti inklusif lestari.

Toyota e-Palette ini ditawarkan dengan harga jualan bermula dari 29,000,000 yen (~RM899,000)

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Sistem Lampu Isyarat PJ Sentral Dan SS2 Kini Dipacu AI Dibangunkan CelcomDigi
  • Pensyarah UM Perkenal Teknologi Pintar Simpan Hidrogen Pepejal Lebih Selamat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY