Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tweet MCMC

Video Berbaur Provokasi Didakwa Kandungan Berbayar, MCMC Dan PDRM Panggil TikTok Beri Penjelasan

Diterbitkan November 30, 2022 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini memaklumkan pihaknya terus memantau penyebaran klip video berbaur  provokasi yang tersebar di TikTok dan berhubung dakwaan sebuah portal berita bahawa tiga klip video mengenai amaran rusuhan 13 Mei 1969 di TikTok adalah kandungan berbayar.

Berikutan itu, MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil pihak pengurusan TikTok untuk tampil memberikan penjelasan dengan kadar segera.

Berkaitan

  • MCMC: Pengguna Media Sosial Diingatkan Jaga Kesopanan Dan Tatasusila
  • MCMC Jenamakan Semula Program 'Mobile e-Waste' Kepada 'KITAR'
  • MCMC Sedang Memantau Pengguna 'Medsos' Yang Membuat Provokasi Ke Atas 3R
  • Pasukan Petugas Siber PDRM Dan MCMC Sedang Memburu Penghantar Kandungan Provokasi

Dinyatakan, penyebaran kandungan berbaur provokasi itu dengan niat untuk mencetuskan ketidakharmonian, kebencian dan prejudis merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, MCMC dan PDRM menyatakan pihaknya akan mempertingkat usaha bagi mengekang penyebaran video-video yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam.

Bagi memastikan kandungan berkenaan tidak disebar secara meluas, pengguna media sosial turut diingatkan untuk tidak berkongsi dan sebar, serta tidak memanjangkan kandungan tersebut ke platform media sosial lain.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY