Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebanyak 1500 Akaun Palsu Di Media Sosial Akan Diambil Tindakan- MCMC

Pasukan Petugas Siber PDRM Dan MCMC Sedang Memburu Penghantar Kandungan Provokasi

Diterbitkan November 29, 2022 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyatakan bahawa mereka menghargai kerjasama TikTok dan Instagram atas kepantasan mereka dalam
menurunkan kesemua kandungan yang telah dilaporkan kepada mereka.

Malah selepas peringatan yang dikeluarkan, MCMC mendapati terdapat pengurangan dalam penyebaran berita palsu dan berbaur provokasi dalam talian berbanding dengan tempoh kempen semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Berkaitan

  • MCMC Dedah Modus Operandi Pelaku Mengambil Alih Akaun Aplikasi Pemesejan
  • MCMC: Pengguna Media Sosial Diingatkan Jaga Kesopanan Dan Tatasusila
  • MCMC Sedang Memantau Pengguna 'Medsos' Yang Membuat Provokasi Ke Atas 3R

MCMC memaklumkan, sejumlah 101 hantaran provokasi telah dilaporkan dan kesemua hantaran itu telah pun diturunkan.

Berdasarkan laporan sehingga 23 November 2022, Pasukan Petugas Siber Polis Diraja Malaysia PDRM-MCMC telah menerima sebanyak 36 aduan daripada orang ramai dan 20 daripadanya telah diselesaikan melalui tindakan administratif iaitu sama ada melalui penurunan kandungan dan penafian di portal Sebenarnya.my.

Sebanyak 12 kertas siasatan pula  telah dibuka dan proses siasatan sedang dijalankan termasuklah mengenal pasti mereka yang terlibat.

Tertuduh yang memuat naik kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjar setahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Media MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY