Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tweet MCMC

MCMC: Pengguna Media Sosial Diingatkan Jaga Kesopanan Dan Tatasusila

Diterbitkan Oktober 22, 2022 oleh Amalina Athman

Susulan pengumuman oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung tarikh Pilihan Raya Umum negara yang ke-15 (PRU-15), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bagi mengingatkan semua pihak, terutamanya pengguna media sosial untuk sentiasa menjaga tatasusila, kesopanan serta bertolak-ansur dalam memberikan pandangan atau membuat sebarang ulasan.

MCMC akan membuat pemantauan bagi penyebaran maklumat yang tidak sahih membabitkan unsur 3R, iaitu Raja (Royalty), Agama (Religion), dan Kaum (Race).

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • MCMC Tekankan Penggunaan Kenderaan Elektrik Kepada Pemohon Lesen Perkhidmatan Kurier
  • SKMM Persilakan Lebih Banyak Gabungan Syarikat Telekomunikasi

Menurut MCMC, sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Jika sabit kesalahan, denda boleh dikenakan maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Dinyatakan, tindakan penguatkuasaan akan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Dalam pada itu, pengguna juga boleh melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R di media sosial kepada MCMC melalui portal aduan MCMC di pautan https://aduan.skmm.gov.my.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY