Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Jenamakan Semula Program ‘Mobile e-Waste’ Kepada ‘KITAR’

MCMC Jenamakan Semula Program ‘Mobile e-Waste’ Kepada ‘KITAR’

Diterbitkan November 17, 2022 ยท Dikemas kini November 17, 2022 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, Program kitar semula e-sisa mudah alih atau Mobile e-Waste seliaan mereka yang diperkenalkan pada tahun 2015 dahulu kini telah dijenamakan semula sebagai Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Kecil atau KITAR.

Penjenamaan itu berkuat kuasa mulai 1 November 2022.

Berkaitan

  • Jangan Muat Turun Aplikasi Palsu Samsung Ini Dari Google Play Store
  • Apple Perkenal Laman iCloud Dengan Rekaan Antara Muka Baharu
  • Nvidia Dan Microsoft Umum Kerjasama Untuk Bangunkan Superkomputer AI

MCMC berharap di bawah penjenamaan semula ini, usaha penambahbaikan baharu program KITAR meliputi pelbagai aspek seperti pelantikan rakan usaha sama strategik iaitu Shan Poornam Metals Sdn Bhd dan Flash Malaysia Express Sdn Bhd dalam menambah baik aktiviti kitar semula dan logistik; penyusunan semula pusat sumbangan KITAR di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) seluruh negara demi kemudahan orang ramai untuk menderma e-sisa selain penstrukturan semula Rakan Strategik kepada Rakan Advokasi dan Drop Point.

Sebagai permulaan, terdapat 120 lokasi kotak pengumpulan KITAR yang diletakkan di pusat PEDi terpilih dengan peluang ianya diperluaskan ke pusat-pusat PEDi lain dan Rakan Drop Point. Hasil yang dijana daripada pembelian balik e-sisa mudah alih ini kemudiannya akan diberikan semula kepada PEDi yang mengambil bahagian dan juga disalurkan untuk acara amal serta aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang lain.

MCMC memaklumkan, sepanjang tempoh 7 tahun pelaksanaannya, program Mobile e- Waste telah berjaya mengumpul lebih 4.7 tan metrik sisa elektronik.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY