Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
media sosial

MCMC Sedang Memantau Pengguna ‘Medsos’ Yang Membuat Provokasi Ke Atas 3R

Diterbitkan November 22, 2022 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi Pengerusi Interim, Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din mengingatkan orang ramai khususnya pengguna media sosial untuk berhemah serta menjauhkan diri daripada memberikan pandangan yang berbaur kebencian membabitkan kaum dan agama.

Beliau menegaskan, semua pihak harus menghormati keputusan pilihan raya dan pemilihan Perdana Menteri yang akan dibuat oleh Yang di-Pertuan
Agong dengan hati terbuka.

MCMC memaklumkan, pihak mereka akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur 3R, iaitu Raja (Royalty), Agama (Religion) dan Kaum (Race).

Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai boleh melaporkan insiden atau kandungan yang bersifat hasutan, provokasi ataupun yang menghina kepada MCMC melalui portal Aduan MCMC di pautan https://aduan.skmm.gov.my/.

Sumber: mcmc.gov.my

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Senarai Prabayar Dan Pascabayar Yang Disertakan 5G Sekarang
  • Ini Senarai Telefon Pintar 5G Terpantas Di 10 Buah Negara Setakat Ini
  • Cara Dapatkan Diskaun Maksimum RM10 Di Foodpanda Sepanjang Februari 2023

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY