Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Merupakan Senarai Peranti Yang Bakal Menerima Kemas Kini Android 13

Versi Android 13 Hanya Dijalankan Oleh 12.4% Telefon Pintar Android Sahaja – AnTuTu

Diterbitkan Mac 16, 2023 oleh ariff bukhari

Dalam laporan Pengguna Global Bagi Telefon Pintar Android untuk suku ke-4 2022 oleh AntuTu, lebih daripada 57% telefon pintar Android  masih menggunakan sistem operasi Android versi 12.

Sebaliknya versi Android terbaru iaitu Android 13 yang secara rasminya dilancarkan dalam bulan Ogos 2022 lalu hanya digunakan oleh 12.4% peranti sahaja.

Malah Android 11 yang dilancarkan pada September 2020 dahulu masih digunakan oleh 16% telefon pintar Android di seluruh dunia.

Tidak setakat itu, edisi Android 10 dan Android 9 yang lebih berusia masih kekal digunakan oleh pengguna telefon pintar Android dengan masing-masing peratusan penggunanya dianggarkan meliputi 9.4% dan 2.7%.

Versi Android 13 Hanya Dijalankan Oleh 12.4% Telefon Pintar Android Sahaja – AnTuTu

AnTuTu menjelaskan, perkara ini berlaku kerana berpunca daripada  bilangan pengeluar telefon Android yang besar dan kadar kemas kini yang sangat pantas bagi pelbagai model telefon pintar Android yang terdapat di pasaran.

Pengeluar telefon pintar Android juga didakwa tidak aktif dalam mengemas kini sistem Android.

Malah kebanyakan telefon pintar Android hanya boleh dikemas kini dengan versi Android dalam tempoh tiga tahun selepas pelancarannya turut menjejaskan pengguna dan pasaran Android.

Berkaitan

  • Android 13 Rasmi - Lebih Cantik, Lebih Privasi
  • Hanya 1% Pengguna 5G Di Malaysia - GSMA
  • Ini Senarai 10 Telefon Pintar 'Flagship' Android Paling Berprestasi Bagi Februari 2023 - AnTuTu

Sumber: AnTutu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY