Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 13 Rasmi – Lebih Cantik, Lebih Privasi

Android 13 Rasmi – Lebih Cantik, Lebih Privasi

Diterbitkan Ogos 16, 2022 · Dikemas kini Ogos 16, 2022 oleh Firdaus

Google kini telah melancarkan Android 13 yang baharu kepada pengguna di luar sana. Antara tarikan utama Android 13 ini adalah ia hadir dengan pelbagai ciri ‘customization’ supaya pengguna dapat merasakan peranti mereka unik.

Berkaitan

  • Buang Segera 34 Aplikasi Android Ini, Sudah Dimuat Turun Lebih 10 Juta Kali Dari Play Store
  • Ini Cara Sembunyikan Aplikasi Dalam Telefon Pintar Android
  • 17 Aplikasi Android Ini Dikesan Membawa Perisian Hasad Perbankan

Serasikan ikon aplikasi

android 13

Android 13 ini memberikan anda peluang untuk mengubah ikon aplikasi supaya seragam dan sama dengan tema yang anda gunakan pada peranti anda.

Lain aplikasi, lain bahasa

Android 13 Rasmi – Lebih Cantik, Lebih Privasi

Ciri ini merupakan antara yang paling tinggi permintaannya. Selepas ini anda boleh menetapkan bahasa khusus untuk sesuatu aplikasi di peranti anda yang berbeza dengan bahasa peranti anda.

Ciri ini sangat membantu dan sesuai bagi anda yang menguasai dan bertutur lebih daripada 1 bahasa.

Akses terhad aplikasi kepada foto anda

Android 13 Rasmi – Lebih Cantik, Lebih Privasi

Sebelum ini, anda mungkin risau akan privasi dan keselamatan gambar-gambar anda yang sebelum ini dapat diakses sepenuhnya oleh sesetengah aplikasi.

Tidak lagi dengan ciri baharu dalam kemas kini pada Android 13 ini. Dalam Android 13 ini, anda sendiri yang boleh pilih dan tentukan gambar dan video apa yang boleh diakses oleh sesuatu aplikasi itu.

Antara jenama lain yang sah akan mendapat Android 13 adalah:

  • Samsung Galaxy
  • Asus
  • iQOO
  • Motorola
  • OnePlus
  • OPPO,
  • Realme
  • Sharp
  • Sony dan banyak lagi

Android 13 Rasmi – Lebih Cantik, Lebih Privasi

Setakat ini, pengguna peranti Pixel sudah tersedia dan boleh memuat turun Android 13 pada peranti mereka ketika artikel ini ditulis.

Sumber: Google

Gambar utama: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY