Hanya 1% Pengguna 5G Di Malaysia - GSMA

GSMA telah mengeluarkan laporan berkenaan pelaksanaan 5G di Malaysia. Menurut organisasi itu, hanya 1% daripada pengguna di Malaysia aktif menggunakan 5G.

Kapsyen: belanjawan 2023 5g dnb


Anda boleh ketahui 'jalan cerita' berkenaan pelaksanaan rangkaian itu di Malaysia secara ringkas daripada pelantikan DNB pada 2021 sehinggalah ada ura-ura mengatakan model pemborong rangkaian tunggal (SWN) kelak akan digantikan dengan dwipemborong rangkaian (DWN).

Ini selari dengan khabar angin terkini yang mengatakan Huawei sedang cuba melobi untuk terlibat dalam pelaksanaan 5G. Beritanya boleh dibaca di SINI.

5g malaysia 1% gsma

Namun, masih tiada kepastian akan hal ini.

Selepas Malaysia dengan 1%, ia diikuti Filipina dengan 2%, Indonesia dengan 3% dan Thailand dengan 16% pengguna aktif 5G.

GSMA turut menyenaraikan kesan buruk model SWN ini pada kerajaan dan syarikat telekomunikasi.



Tujuan SWN lazimnya ialah untuk memastikan liputan tercapai sehingga ke kawasan luar bandar. Namun berdasarkan pelaksanaannya di beberapa negara seperti Mexico, Kenya, Rusia, cara ini tidak membuahkan hasil, menurut GSMA.

Bahkan, Mexico salah satu mangsa di mana syarikat penyedia 4G-nya akhirnya muflis dan kerajaan terpaksa berbelanja lebih untuk menyelamatkannya.

{suggest}

Selepas itu pun, matlamat asal capaian 4G di negara itu masih gagal disempurnakan. Untuk baca laporan penuh "Malaysia’s 5G SWN: what change could look like", boleh klik pada sumber di bawah.

Sumber: GSMA