Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Varian G-Shock GBX-100 Baharu Bakal Tiba Dengan Rekaan Kerangka Lut Sinar & Sokongan Telefon Pintar

Varian G-Shock GBX-100 Baharu Bakal Tiba Dengan Rekaan Kerangka Lut Sinar & Sokongan Telefon Pintar

Diterbitkan April 10, 2025 ยท Dikemas kini April 10, 2025 oleh ariff bukhari

Berdasarkan laporan dari blog Jepun terkenal, Great G-Shock World, Casio bakal memperkenalkan varian terbaru G-Shock GBX-100 yang dijangka akan dilancarkan pada musim panas nanti dengan reka bentuk kerangka lutsinar.

GBX-100 sebelum ini memang dikenali sebagai jam pilihan peluncur sukan air, kerana memiliki ciri-ciri seperti graf pasang surut air laut, data fasa bulan, serta waktu matahari terbit dan terbenam, yang dikemas kini melalui Bluetooth dari pangkalan data lebih daripada 3,000 lokasi pantai.

Varian G-Shock GBX-100 Baharu Bakal Tiba Dengan Rekaan Kerangka Lut Sinar & Sokongan Telefon Pintar
G-Shock GBX 100TT-2JF.

Ia juga dilengkapi skrin MIP LCD kontras tinggi untuk paparan jelas di bawah cahaya terang serta ketahanan air yang sesuai untuk aktiviti air yang lasak.

Walaupun varian terbaru ini tidak akan mengubah spesifikasi dalamannya sedia ada, tetapi dari aspek luarannya digantikan warna solid biasa kepada kerangka dan tali lut sinar.

Ia adalah sesuatu yang biasa digunakan G-Shock untuk pelancaran koleksi edisi musim panas seperti GA-2100BM.

Di Malaysia, siri GBX-100 dijual pada harga RM795, tetapi butiran pelancaran bagi varian baharu bagi siri ini untuk peringkat global masih belum disahkan.

Varian G-Shock GBX-100 Baharu Bakal Tiba Dengan Rekaan Kerangka Lut Sinar & Sokongan Telefon Pintar
Siri G-Shock GBX-100-1 yang di jual di Malaysia.

Namun, G-Shock biasanya meluaskan jualan ke pasaran global dalam beberapa minggu selepas pelancaran di Jepun. Buat masa ini, ia dijangka dilancarkan pada Jun.

Maklumat lanjut akan diumumkan apabila Casio mengesahkannya secara rasmi.

Belibaroisan model jam G-Shock dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmn4nx
  • Lazada – https://invl.me/clmn4o5

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Syarikat Ini Buat 'Bateri Nuklear' Untuk Pusat Data AI
  • Tiga Produk Baharu HONOR Kini Di Malaysia, Harga Serendah RM999

Sumber: NotebookCheck

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • AS Arah Agensi Kerajaan Henti Guna DeepSeek, Bimbang Data Sensitif Dipindahkan Ke China
  • RoboVan Tahap 4 Mula Percubaan 6 Bulan Di Cyberjaya
  • Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799
  • Permainan Kereta Lumba Eksklusif Di PS4 Ini Kini Boleh Dimainkan Di PC
  • Spotify Perketat Pengesahan Premium Family - Gagal Sahkan Tak Boleh Sertai Pelan Family, Duo Lain Setahun
  • Kilang Penapisan Logam Bernilai Tinggi Pertama Malaysia Dibina Di Pulau Pinang
  • XPeng Bawa Google Play Terus Ke Dalam Kereta Mulai Awal 2027
©2026 WISER.MY