Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aalo pod

Syarikat Ini Buat ‘Bateri Nuklear’ Untuk Pusat Data AI

Diterbitkan April 10, 2025 ยท Dikemas kini April 10, 2025 oleh Amsyar Latif

Aalo Atomics, sebuah syarikat inovatif dalam sektor tenaga nuklear, telah memperkenalkan prototaip bukan nuklear pertama bagi reaktor modular mereka yang dinamakan Aalo-1, serta melancarkan fasiliti pengilangan canggih berkeluasan 40,000 kaki persegi di Austin, Texas.

Pengumuman ini menandakan kemajuan penting dalam usaha mereka menyediakan bekalan tenaga yang pantas, bersih, selamat, dan boleh dipercayai khusus untuk keperluan pusat data moden, terutamanya yang melibatkan aplikasi kecerdasan buatan (AI).

Produk utama syarikat, Aalo Pod XMR, merupakan loji tenaga nuklear modular (Extra Modular Reactor – XMR) dengan kapasiti 50 MWe yang dibangunkan khusus untuk memenuhi permintaan tenaga pusat data AI yang tinggi.

Setiap pod terdiri daripada lima unit reaktor Aalo-1 bersaiz kompak yang disejukkan dengan natrium serta menggunakan bahan api uranium diperkaya rendah (LEU+), menjadikannya selamat dan berkesan.

Reka bentuk modular penuh membolehkan loji ini dipasang dengan cepat secara berperingkat sehingga tahap gigawatt tanpa memerlukan sumber air luaran, sekali gus mudah dipasang terus di lokasi pusat data.

Menurut CEO Aalo Atomics, Matt Loszak, Aalo memperkenalkan kategori baharu reaktor nuklear (XMR) yang menggabungkan kelebihan pengeluaran kilang berskala mikroreaktor, kapasiti kuasa setanding dengan reaktor modular kecil (SMR), dan sasaran ekonomi seperti loji nuklear berskala besar. Teknologi ini mampu memenuhi keperluan tenaga berskala besar dengan cepat, kos efektif, dan lestari.

Aalo turut mendapat sokongan besar, antaranya terpilih sebagai salah satu daripada empat syarikat dalam projek pembinaan kapasiti tenaga nuklear 1 GW di kampus Texas A&M RELLIS.

Aalo juga telah menandatangani perjanjian dengan Idaho Falls Power untuk memasang tujuh unit reaktor (75 MW), selain merancang membina reaktor nuklear pertamanya pada tahun depan.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Paradoks Tenaga Mesra Alam: Projek Bioetanol Indonesia Ancam Ekosistem
  • Jepun Guna Aplikasi Kamera Dengan Teknologi AI Untuk Selamatkan Pokok Sakura

Sumber: aalo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Lonjakkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
  • Selepas Hampir 50 Tahun, Voyager 1 Akhirnya Capai Jarak Satu Hari Cahaya Dari Bumi
  • Samsung Wallet Bakal Sokong ShopeePay Di Malaysia
  • macOS 27.3 Akan Beri Pengguna Kawalan Lebih Terperinci Terhadap Akses Aplikasi
  • 30 Modul Bateri EV BMW Terpakai Bantu Bekalkan Elektrik 24 Jam Kepada Kampung Orang Asli Di Pahang
  • AS Tambah Keperluan Lesen Eksport Cip AI Canggih Ke 5 Negara, Termasuk Malaysia
  • ASUS TUF Gaming T700TL Kini Di Malaysia, Harga RM9,999
©2026 WISER.MY