Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UTM Universiti Pertama Di ASEAN Menggunakan Bas Elektrik Dalam Kampus

UTM Universiti Pertama Di ASEAN Menggunakan Bas Elektrik Dalam Kampus

Diterbitkan Januari 22, 2018 oleh Wiser MY

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada awal Januari lalu telah menerima sebuah bas elektrik di bawah program UNIBUS selepas menandatangani perjanjian antara GO Automobile dan Mara Liner Sdn Bhd (MLSB).

Program itu adalah kerjasama di antara pihak UTM Skudai, COSMOS, Maraliner dan Go Auto. GO Auto sebagai pengedar eksklusif bas eletrik berjenama HIGER di rantau ASEAN telah bekerjasama dengan pihak universiti bagi membangunkan ekosistem teknologi Kenderaan Elektrik (EV) di pasaran Malaysia seterusna ASEAN.

Bas elektrik tersebut menggunakan 100% teknologi elektrik sebagai sumber utama menggerakkan bas. Jenis bateri yang digunakan juga boleh dicaj semula dan dengan cepat atau nama lainnya ‘fast charging’.

Bos boleh bergerak sejauh 100 kilometer dengan satu caj penuh yang mengambil masa selama 20 minit.

Bas ini akan mula beroperasi pada 1 Febuari ini di UTM kampus Skudai dan dijangka akan diperluaskan operasinya ke universiti-universiti tempatan lain. Bas elektrik ini diharap dapat membantu meminimumkan perlepasa gas karbon dioksida serta mengurangkan pencemaran bunyi di samping menjimatkan kos perbelanjaan bahan api.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY