Urusniaga Kini Lebih Mudah Dengan Aplikasi Maybank QRPay

Disember lalu, kita telah menyaksikan Maybank memperkenalkan fungsi pembayaran melalui kod QR (Quick Response), pada aplikasi telefon pintar yang hanya terhad untuk pengunaan dibeberapa lokasi terpilih.

Hari ini, mereka tampil melancarkan aplikasi khas Maybank QRPay dan menerusinya, pembayaran kepada peniaga akan dapat dilakukan dengan lebih mudah tanpa penggunaan wang tunai.

Disediakan untuk platform Android dan iOS, pada mulanya ia ditawarkan kepada peniaga sahaja, tetapi kini penawarannya sudah diperluaskan lagi dimana sesiapa sahaja boleh menggunakan aplikasi berkenaan.



Untuk menggunakan aplikasi ini, pengguna tidak perlu mempunyai akaun perniagaan atau korporat di Maybank. Ia boleh didaftar pada akaun persendirian, bahkan bagi sesiapa yang tidak mempunyai akaun Maybank, anda juga boleh menghubungkan aplikasi tersebut ke bank-bank yang lain.

Dengan adanya aplikasi ini, peniaga dapat memantau transaksi urusniaga yang berlaku dengan lebih mudah di telefon pintar. Pembeli juga tidak perlu lagi membawa wang yang banyak ketika keluar berbelanja kerana dengan aplikasi ini, pembayaran akan ditolak terus dari akaun bank anda.

Untuk maklumat lanjut tentang cara mendaftar boleh layari laman web Maybank.