Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone USB C_Macworld

Ura-Ura: Siri iPhone 15 Mungkin Tidak Menyokong Sepenuhnya Kabel USB-C Android

Diterbitkan Februari 10, 2023 oleh Amalina Athman

Apple kini dilapor akan memuatkan ciri aunthenticator chip seperti Lightning, pada port USB-C dan kabel pengecasan yang disertakan dalam siri iPhone 15, yang berkemungkinan akan mengehadkan fungsinya dengan aksesori yang tidak diluluskan oleh syarikat itu.

Berkaitan

  • Ura-Ura: Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Dijangka Hadir Pada iPhone 15 Pro
  • Semua Model Siri iPhone 15 Mungkin Akan Sokong Ciri Dynamic Island
  • Ura-Ura: iPhone 15 Pro Akan Dilengkapi Bezel Lebih Nipis Dengan Sisi Melengkung

Melalui khabar angin yang dikongsi di Weibo, ia menjelaskan Apple telah membangunkan kabel USB-C sendiri untuk barisan iPhone 15 tahun ini.

Apple iPhone 15 series will only support charging through MFi ( Made for iPhone ) USB Type-C cable, ordinary Android USB-C cable won't support charging on iPhone 15 series. 😂#iPhone #iPhone15 #usbC

— Abhishek Yadav (@yabhishekhd) February 10, 2023

Untuk makluman, integrated circuit (IC) merupakan cip semikonduktor yang digunakan untuk menguruskan perkongsian maklumat antara peranti. Sejak ia diperkenalkan pada 2012, port pihak pertama dan diperakui oleh MFi mengandungi cip IC kecil yang mengesahkan ketulenan bahagian yang terlibat dalam sambungan.

Sementara bagi kabel pengecasan pihak ketiga yang tidak diperakui oleh MFi, misalnya, tidak menampilkan cip ini, kebiasaannya akan membawa kepada amaran “This accessory is not supported” pada peranti Apple yang disambungkan.

Dalam spekulasi terkini, ia mendakwa Apple telah membangunkan IC tersuai yang serupa untuk port USB-C pada siri iPhone 15, dan mungkin kabel pengecasannya. IC itu juga dikatakan akan diguna untuk peranti yang diperakui MFi.

Tidak dapat dipastikan jika ia akan memberikan implikasi yang besar untuk fungsi peranti baharu, namun ada kemungkinan Apple boleh mengehadkan ciri seperti pengecasan pantas dan pemindahan data berkelajuan tinggi kepada kabel Apple dan diperakui MFi sahaja.

Sumber: MacRumors

Gambar utama: Macworld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY