Ura-ura Mengenai Spesifikasi Xiaomi Mi Max 3 Tular Di Weibo

Xiaomi melancarkan peranti Xiaomi Mi Max 2 mereka di India pada tahun lepas dengan harga RM 1,050 dengan spesifikasi seperti skrin paparan HD penuh dengan ukuran 6.44 inci dan bateri berkapisiti 5,300 mAh.

Xiaomi dikatakan telah merancang spesifikasi baru untuk Xiaomi Mi Max 3 mengikut seorang kaki tiris Ice Ice Universe. Dia yang mendedahkan perkara tersebut di akaun Weibo nya berkata Xiaomi Mi Max 3 akan menampilkan skrin berukuran 6.99 inci dengan paparan HD penuh. Skrin paparan tersebut akan menggunakan resolusi 2160 x 1080 piksel dengan aspek nisbah 18:9.



Peranti terbaru itu juga dikatakan akan dipacu oleh cip Qualcomm Snapdragon 635, naik taraf dari Snapdragon 625 yang menggunakan proses teknologi 14 nm. Walaubagaimanapun, terdapat laporan yang Mi Max 3 akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 660.

Untuk bahagian kamera pula, Mi Max 3 akan menggunakan kamera utama 12 MP dengan tetapan dwi kamera dan kamera hadapan 5 MP. Peranti ini mungkin didatangkan dengan memori 3GB RAM bersama 64GB ROM atau 4GB RAM dan 128GB ROM. Mi Max 3 dikatakan akan menggunakan MIUI 9 yang dikuasakan oleh Android Nougat.

2 peranti Mi Max sebelum ini menampilkan bateri berkapasiti besar dan Mi Max 3 juga tidak terkecuali dengan khabar bateri 5,500 mAh akan digunakan untuk peranti ini. Teknologi Quick Charge 3.0 juga akan disertakan bagi mengecas bateri berkapasiti besar itu dengan cepat.

Xiaomi Mi Max 3 dikatakan akan dijual bermula dengan harga RM 1,040 tetapi pandangan kami mungkin akan lebih dari itu tidak termasuk dengan kadar tukaran wang semasa. Xiaomi dijangka akan mengumumkan peranti ini pada pertengahan tahun ini sama seperti apa yang mereka lakukan untuk 2 peranti Mi Max yang terdahulu.

Sumber