Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone gold messi

Messi Hadiahkan iPhone Emas Untuk Pasukan Argentina

Diterbitkan Mac 2, 2023 · Dikemas kini Mac 2, 2023 oleh Amalina Athman

Bintang bola sepak terkenal, Lionel Messi dilapor telah menghadiahkan iPhone emas 24-karat berjumlah £175,000 (~RM939,482) untuk setiap ahli pasukan dan kakitangan sokongannya yang terlibat dalam perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

Berkaitan

  • Gambar Messi Di Instagram Cipta Rekod Baharu, Atasi Jumlah 'Like' Telur Ayam

Memetik laporan The Sun, setiap iPhone 24-karat itu diukir dengan nama, nombor jersi pemain serta logo Argentina.

Messi Hadiahkan iPhone Emas Untuk Pasukan Argentina

CEO iDesign Gold, Ben Lyons mengatakan Messi mahu memberikan hadiah istimewa untuk semua pemain dan kakitangan bagi meraikan kemenangan itu. Bagaimanapun, bintang bola sepak itu dikatakan tidak mahu menghadiahkan jam tangan yang biasa.

Berikutan itu, Ben telah mencadangkan iPhone emas yang tertulis nama mereka dan perkara itu dipersetujui Messi. Jelasnya,

 Lionel is not only the Goat but he’s one of IDESIGN GOLD’s most loyal customers and got in touch with us a couple of months after the World Cup final.

Mengimbas kembali, Argentina telah mengalahkan Perancis dan memenangi Piala Dunia FIFA 2022 yang berlangsung di Qatar.

Sumber: The Sun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY