Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UPNM Lancar Dua Inovasi Baharu Sedia Untuk Dikomersialkan

UPNM Lancar Dua Inovasi Baharu Sedia Untuk Dikomersialkan

Diterbitkan November 7, 2025 · Dikemas kini November 7, 2025 oleh ariff bukhari

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)  melancarkan dua produk penyelidikan baharu mereka di Festival of Ideas (FOI) 2025 yang bersedia untuk dikomersialkan.

2 Produk yang diperkenalkan itu ialah AI Water Pipe Leakage Detector, ciptaan Kapt. Prof. Madya Syed Nasir Alsagoff (Bersara) dari Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP).

Sistem ini menggunakan kecerdasan buatan untuk mengesan kebocoran paip air dengan ketepatan 100% tanpa memerlukan sambungan internet.

Ia direka untuk digunakan di kawasan terpencil seperti kem tentera, tapak operasi dan kawasan luar bandar, menjadikannya penyelesaian teknologi strategik untuk infrastruktur pertahanan dan awam.

UPNM Lancar Dua Inovasi Baharu Sedia Untuk Dikomersialkan
Majlis pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada penyelidik UPNM atas sumbangan mereka dalam bidang inovasi nasional.

Inovasi kedua pula, KINEMOVE by Fitness Benders, hasil idea Dr. Noor Hamzani Farizan dari Akademi Kecergasan Pertahanan (AKP), alat kecergasan mudah alih dengan panduan latihan digital dan analisis pergerakan pintar.

Alat ini bukan sahaja membantu pengguna awam, tetapi turut direka untuk menyokong latihan fizikal dan rehabilitasi anggota pertahanan, seiring dengan komitmen UPNM dalam memajukan sains kecergasan ketenteraan.

Pelancaran produk ini sekali gus memperkukuhkan reputasi UPNM dalam dunia inovasi.

Berkaitan

  • UM Jadi Universiti Awam Pertama Guna Wi-Fi 7 Berkuasa AI Di Malaysia
  • (Video) Pelajar UiTM Hasilkan 41 Karya Animasi Membanggakan
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY