Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-24T090345.837

PayNet Perkenal Program Akar, Tawar Latihan AWS Cloud Percuma Untuk Generasi Muda

Diterbitkan Julai 24, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, Payments Network Malaysia (PayNet) telah melancarkan Program Akar yang mana bertujuan menangani keperluan desak untuk tenaga kerja digital di Malaysia.

Dengan sokongan daripada AWS re/Start, program kemahiran digital yang disediakan untuk peserta awam secara percuma ini dilaksanakan bagi menangani permintaan bakat digital yang semakin meningkat di negara ini oleh 78 peratus majikan di seluruh Malaysia.

Berdasarkan kajian daripada Accelerating AI Skills oleh Access Partnership dan AWS, sebanyak 99 peratus majikan perkhidmatan kewangan mengharapkan penerapan tekonologi AI dalam tempoh lima tahun yang akan datang untuk syarikat mereka kerana mereka berpendapat yang teknologi tersebut mampu memberikan kesan positif serta meningkatkan kemahiran AI untuk kerjaya mereka.

Program ini juga tidak memerlukan latar belakang teknikal daripada peserta kerana AWS akan menyediakan sumber latihan, perkhidmatan awan dan kepakaran teknikal. Manakala PayNet memainkan peranan membiayai program dan menyokong penyepaduan kemahiran yang berkait dengan industri.

Seramai 100 orang pelajar telah dipilih untuk menjalani program pada tahun 2024 selama 47 hari yang meliputi kemahiran asas awan dan kaedah pembayaran digital.

Kemudiannya, graduan daripada program ini akan menerima sokongan untuk mendapatkan kerja dalam sektor perkhidmatan kewangan Malaysia.

Program ini juga telah menjadi salah satu inisiatif daripada AWS yang melatih lebih 31 juta pelajar dari 200 buah negara untuk berkhidmat dalam industri kemahiran awan melalui latihan percuma ini.

Berkaitan

  • AEON Jepun Guna AI Untuk Pantau Senyuman Staf
  • Infinix Perkenal Teknologi NFC 720 Darjah, Lebih Efektif Banding NFC Biasa
  • Polis UK Tahan Remaja 17 Tahun, Disyaki Terlibat Serangan Ransomware Ke Atas MGM Resorts Tahun Lepas
  • ESR Perkenal Dompet Dengan Sokongan 'Find My' Terbina
  • Perubahan Dalaman iPhone 16 Dijangka Akan Tangani Isu 'Overheating'

Sumber: Siaran Media PayNet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY