Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ESR Geo Wallet Find My_0

ESR Perkenal Dompet Dengan Sokongan ‘Find My’ Terbina

Diterbitkan Julai 24, 2024 oleh Amalina Athman

ESR, pengeluar aksesori mudah alih, kini hadir dengan kempen crowdfunding atau pendanaan awam untuk Geo Wallet dengan sokongan Find My terbina (built-in Find My).

Digambarkan sebagai dompet pertama di dunia dengan Find My terbina, ESR Geo Wallet mempunyai ketebalan 15mm, 115mm panjang dan 90mm lebar.

Ia merupakan dompet dwilipat tradisional dengan modul Find My nipis yang membolehkan pengguna menjejaki lokasi masa nyata (real-time) dompet melalui tab Item dalam aplikasi Find My Apple. Geo Wallet juga menawarkan teknologi penyekat RFID yang melindungi kad daripada imbasan yang tidak dibenarkan.

ESR Geo Wallet Find My_9

Dari segi hayat bateri, ESR mengatakan modul Find My dalam Geo Wallet mampu bertahan sehingga 5 bulan, dan dengan kabel pengecas magnet, bateri boleh dicas semula dalam masa dua jam.

Geo Wallet tersedia dalam tujuh pilihan warna – Carbon fiber, Elephant Gray, Cocoa, Tangerine, Opal Gray, Twilight Black dan Aged Leather.

ESR Geo Wallet Find My

Seperti kebanyakan kempen crowdfunding, terdapat pelbagai peringkat ganjaran tersedia dengan harga yang berbeza. Peringkat $38 Super Early Bird telah pun habis, tetapi masih ada beberapa slot yang tinggal dalam peringkat $41 (~RM192) Early Bird dan $44 (~RM206) untuk Kickstarter Special. Pelbagai pek lain turut disediakan.

ESR Geo Wallet Find My_1
ESR Geo Wallet Find My_2
ESR Geo Wallet Find My_3
ESR Geo Wallet Find My_4

Sebagai kempen Kickstarter, Geo Wallet tidak tersedia untuk penghantaran segera, tetapi ESR menyasarkan untuk memulakan penghantaran pada September, dan syarikat itu mempunyai rekod prestasi yang baik. Untuk maklumat lanjut, layari Kickstarter Geo Wallet.

Berkaitan

  • Apple Sahkan Maksimum Item Yang Boleh Ditambah Dalam Find My
  • Google Lancar Ciri Seperti "Find My" Apple, Boleh Jejak Peranti Di Luar Talian

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY