Dalam tempoh yang sama, Unifi kini menawarkan akses percuma kepada pelanggan prabayar #BEBAS (pas mingguan) dengan data tanpa had bagi rangkaian 4G. Pelanggan pascabayar pula akan menerima pas hotspot 999GB secara percuma.
Berdasarkan halaman komuniti Unifi, pas dengan tempoh sah 7 hari tersebut boleh dilanggan semula jika tamat tempoh dan pelanggan akan menerima pas yang baru.
Tawaran percuma ini boleh diakses melalui aplikasi unifi di App Store atau Google Play. Kemudian, klik pada 'Buy Now' di bawah tab 'data'. Anda akan menemui pas tersebut dengan nama 'BEBAS Weekly' dan tekan pas tersebut untuk menebus.
[embed]https://twitter.com/unifi/status/1240604177287352320[/embed]
Bagi pelanggan pascabayar, akses percuma pas hotspot 999GB 4G akan diberikan kepada pelanggan dengan pakej unifi Mobile 99 RM59 (dengan kontrak 12 bulan), unifi Mobile 99, webe RM79 dan unifi Mobile Pek Jasa/Pelan Warga Emas.
Turut akan menerima akses percuma ini adalah pelanggan unifi Mobile Biz dengan pakej unifi Mobile Biz 99 dan unifi Mobile Biz 79.Menurut unifi, tawaran bagi pascabayar ini akan diberikan secara berperingkat dan diaktifkan secara automatik.
Kedua-dua akses percuma ini ditawarkan bermula 19 sehingga 31 Mac dan hanya tersedia bagi rangkaian 4G sahaja.
Berkaitan
- Pelanggan unifi Mobile Bakal Nikmati Data Percuma Sehingga 31 Ogos Ini
- unifi Mobile Kini Menawarkan Pas Internet Tanpa Had Pada Harga RM35 Sebulan
- unifi Mobile Pula Sedang Mengalami Gangguan Perkhidmatan
- MCMC Siasat Aduan Pengurangan Kelajuan Muat Naik Pakej Unifi 500Mbps
- Unifi Tawar Saluran TV Percuma Sehingga 31 Mac
- Unifi Mobile Alami Gangguan Perkhidmatan Buat Sementara Waktu
- Unifi TV Tawar Akses Netflix Bermula 23 Jun
- (Kemas Kini) Paparan Semak Naik Taraf Percuma Di Aplikasi MyUnifi Tidak Tersedia Sementara Waktu
- Unifi Naik Taraf Langganan Disney+ Hotstar Tanpa Kos Tambahan, Tapi Ada Tempoh
- Unifi TV Tawar Akses Percuma 78 Saluran Sempena Hari Raya