Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UNI5G Netflix_featured

Unifi Mobile Kini Ada Pelan Pascabayar Dengan Netflix – Serendah RM79/Bulan, Tanpa Kontrak

Diterbitkan Ogos 18, 2025 · Dikemas kini Ogos 18, 2025 oleh Amalina Athman

Unifi Mobile kini melancarkan UNI5G Postpaid Netflix Bundle, iaitu pelan pascabayar pertama di Malaysia yang disertakan bersama langganan Netflix.

Melalui pelan ini, pengguna mudah alih boleh menikmati data 5G dan 4G tanpa had serta akses Netflix Basic, dengan langganan serendah RM79/bulan tanpa sebarang kontrak.

Untuk Netflix Basic, tontonan hanya terhad kepada satu peranti dalam resolusi HD 720p.

Unifi Mobile postpaid Netflix_
Unifi Mobile postpaid Netflix_4

Pengguna juga boleh memilih untuk menaik taraf ke Netflix Standard (+RM20/bulan, Full HD, 2 peranti) atau Netflix Premium (+RM33/bulan, 4K + HDR, 4 peranti, spatial audio).

Unifi Mobile postpaid Netflix_3

UNI5G Postpaid Netflix Bundle ditawarkan bermula 14 Ogos 2025, dengan pendaftaran boleh dibuat di Unifi Store, melalui pengedar sah atau secara dalam talian di unifi.com.my/mobile/postpaid.

Berkaitan

  • Unifi Mobile Kini Ada Pelan Prabayar Dengan Tempoh Aktif 12 Bulan, Harga RM180
  • Aplikasi Unifi Mobile Kini Dijenamakan Sebagai Unifi UniVerse
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Rebut Telefon Pintar 5G Secara Percuma Sekarang Dengan Unifi EzOwn

Sumber: Unifi (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY