Unifi Mobile Bakal Pengganti Webe?

Bagi mereka yang ingin melanggan pelan perkhidmatan Webe dari Telekom Malaysia (TM) pasti sudah tahu yang mereka tidak menerima sebarang langganan baru dan ini membangkitkan persoalan samada pihak TM sudah tidak akan menawarkan pelan untuk pengguna telefon pintar.



Semuanya terjawab dengan munculnya satu aplikasi baru yang dipanggil Unifi Mobile di Google Play Store dan App Store. Aplikasi itu kini sedang menerima pendaftaran baharu dan sedang menawarkan tempoh promosi kepada pelanggan baru.



TM kini cuba membawa servis perkhidmatan mereka ke ruang aplikasi telefon pintar sama seperti apa yang Maxis lakukan dengan Ookyo dan Digi dengan Tapp. Pelanggan Unifi Mobile kini boleh melakukan sebarang transaksi dari pembelian pelan data sehingga sokongan pelanggan dilakukan melalui aplikasi mereka.



Untuk mendaftar, pengguna boleh memuat turun aplikasi Unifi Mobile dari stor aplikasi masing-masing dan mendaftar di dalam aplikasi tersebut. Untuk pengguna sedia ada TM, aplikasi akan secara automatik mengisi maklumat peribadi anda jika menggunakan alamat e-mel yang sama.

Unifi Mobile juga membenarkan pengguna untuk mendapatkan 5 kad sim serentak untuk satu ID pendaftaran dan boleh memilih untuk mengekalkan nombor sedia ada atau memilih nombor baru bagi setiap kad sim yang dipilih.

TM memberikan pilihan bagi menghantar kad sim ke rumah pelanggan dengan caj penghantaran sebanyak RM 10.60 atau pelanggan boleh mengambilnya di kedai TM Point yang berdekatan dengan mereka.





Untuk pelan mereka pula, tidak dapat dipastikan lagi harga asas utnuk pelan panggilan, data dan SMS dan tidak dinyatakan di laman sesawang mereka. Namun, pelan tambahan data panggilan & SMS pula adalah seperti berikut:

Pelan data tambahan

8GB (4GB LTE + 4GB 3G/LTE) pada harga RM50
4GB (2GB LTE + 2GB 3G/LTE) pada harga RM30
2GB (1GB LTE + 1GB 3G/LTE) pada harga RM15
1GB internet asas (1GB 3G/LTE) pada harga RM13


Pelan panggilan & SMS tambahan

200 minit + 200 SMS untuk RM30
60 minit + 60 SMS untuk RM10


Pelan panggilan mereka akan dicaj dengan setiap blok 60 saat/1 minit dan untuk masa terhad, Unifi Mobile akan memberi 20GB data LTE secara percuma selepas talian anda diaktifkan. Yuran pendaftaran juga tidak akan dikenakan sebarang kos dalam tempoh promosi kali ini.



Bagi melihat aplikasi ini, bolehlah melawat Google Play Store bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iOS

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Unifi Mobile

 

Berkaitan