Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UNI5G WOW PADU 35 1TB

Uni5G WOW PADU 35 Kini Tawar 1TB Data Pada Harga RM35 Sebulan

Diterbitkan Februari 12, 2026 · Dikemas kini Februari 12, 2026 oleh Amalina Athman

Unifi Mobile baru-baru ini telah mengemas kini tawaran pas Uni5G WOW di bawah pelan prabayar UNI5G WOW.

Pas UNI5G WOW PADU 35 berharga RM35/bulan kini menawarkan 1000GB (1TB) data, iaitu 200GB untuk 4G/5G dan 800GB untuk 5G, bersama hotspot 10GB 4G/5G dan panggilan tanpa had. Untuk promosi terhad, pengguna turut menerima 50GB 5G hotspot percuma.

Sebelum ini, pas ini menawarkan data tanpa had dan kelajuan tanpa batas, tetapi kemas kini terbaru memperincikan kuota dengan lebih jelas.

Uni5G WOW PADU 35 Kini Tawar 1TB Data Pada Harga RM35 Sebulan
UNI5G WOW PADU yang dikemas kini
Uni5G WOW PADU 35 Kini Tawar 1TB Data Pada Harga RM35 Sebulan
Pas lama

Dengan harganya kekal RM25/bulan, pas WOW PADU 25 kini menyertakan 100GB data (30GB 4G/5G dan 70GB 5G), perkongsian hotspot bersama kuota data dan panggilan tanpa had.

Sementara itu, WOW PADU 10 berharga RM10 dan sah selama 7 hari, menawarkan 20GB data 4G/5G, hotspot yang dikongsi bersama kuota data dan panggilan tanpa had.

Uni5G WOW PADU 35 Kini Tawar 1TB Data Pada Harga RM35 Sebulan

Kesemua pas ini juga membolehkan pengguna membawa kuota data (data rollover) yang tidak digunakan ke minggu atau bulan berikutnya, tetapi perlu diperbaharui sebelum tarikh luput. Dari segi kelajuan, 4G ditawarkan sehingga 5Mbps manakala 5G dikategorikan sebagai ‘best effort’.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman rasmi Unifi.

Berkaitan

  • Unifi Mobile Kini Ada Pelan Prabayar Dengan Tempoh Aktif 12 Bulan, Harga RM180
  • Unifi TV 2.0 Untuk Semua - Serendah RM8/bulan, Ini Pelan Yang Ditawarkan
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Senarai Pelan Prabayar Dengan Sokongan eSIM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY