Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile Tawar Data Dan Panggilan Tanpa Had Bersama iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus.

U Mobile Tawar Data Dan Panggilan Tanpa Had Bersama iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus.

Diterbitkan Oktober 21, 2017 · Dikemas kini Oktober 25, 2017 oleh Haikel Areff

iPhone 8 dan iPhone 8 Plus kini sudah muncul ke pasaran Malaysia setelah dilancarkan secara rasmi pada September yang lepas.

Apa yang menarik tentang model iPhone baru ini? Kedua-dua iPhone 8 dan iPhone 8 Plus direka dengan binaan gentian kaca dan rekaan badan aluminium supaya ianya lebih tahan lasak dan selesa untuk dipegang. iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dimuatkan dengan cip pemprosesan A11 Bionic pintar terpantas ketika ini.

iPhone 8 Plus dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera utama dengan 12 Megapiksel lensa telephoto dengan membawakan penambahbaikkan terhadap Potrait Mode dan keupayaan baru Potrait  HDLighting. iPhone 8 Plus juga diletakkan antara kamera telefon pintar terbaik oleh Dxo Mark dengan markah 94. Tetapi telah dipintas oleh Google Pixel 2 baru-baru ini.

Kalau rasa iPhone 8 Plus besar. Anda sentiasa mempunyai pilihan untuk memilih adiknya yang sedikit sederhana dengan paparan skrin Retina HD 4.7 inci dengan cip pemprosesan Bionic A11 yang sama.

Harga rasmi iPhone 8 Plus di pasaran ketika ini adalah RM4,149 untuk versi 64GB dan RM4,899 untuk versi 256GB manakala iPhone 8 pula berharga RM3,649 dan RM4399 untuk 64GB dan 256GB.

Berikut adalah harga yang ditawarkan oleh U Mobile untuk iPhone 8 dan iPhone 8 Plus melalui pelan pakej iPhone 8 untuk prabayar dan pascabayar.

iPhone 8 64GB
Postpaid i90 – RM2,500
Postpaid i130 – RM2,140

U Mobile Tawar Data Dan Panggilan Tanpa Had Bersama iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus.

iPhone 8 256GB
Postpaid i90 – RM3,160
Postpaid i130 – RM2,800

 

U Mobile Tawar Data Dan Panggilan Tanpa Had Bersama iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus.

iPhone 8 Plus 64GB
Postpaid i90 – RM2,935
Postpaid i130 – RM2,575

U Mobile Tawar Data Dan Panggilan Tanpa Had Bersama iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus.

iPhone 8 Plus 256GB
Postpaid i90 – RM3,595
Postpaid i130 – RM3,235

U Mobile Tawar Data Dan Panggilan Tanpa Had Bersama iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus.

Apa yang akan anda dapat melalui pakej pelan internet yang disebutkan di atas?

  1. Data tanpa had untuk penstriman video – Video-Onz
  2. Data tanpa had untuk penstriman musik – Music-Onz
  3. Data tanpa had untuk lain-lain kegunaan internet di media sosial – App Onz
  4. Panggilan tanpa had ke semua rangkaian.
  5. Data tanpa had untuk aplikasi Waze.

Mengikut perbandingan, pakej yang ditawarkan oleh U Mobile adalah yang paling berbaloi untuk memiliki sebuah iPhone 8 dengan jumlah kos terendah RM 5,388 untuk 24 bulan berbanding pakej yang ditawarkan oleh syarikat rangkaian lain.

U Mobile Tawar Data Dan Panggilan Tanpa Had Bersama iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus.

Dengan data internet 10GB, anda boleh menonton video, mendengar musik dan penggunaan internet harian di media sosial dengan tawaran Onz tanpa menggunakan data internet yang sedia ada. Jadi anda tida perlu risau kehabisan internet dengan pelan yang disediakan oleh U Mobile ini.

Pada yang nakkan lebih info tentang pakej yang ditawarkan oleh U Mobile, boleh layari http://www.u.com.my/devices/instalment-plans/upackage-iphone.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY