Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Curbie, Robot Tolak Tong Sampah Secara Automatik

Curbie, Robot Tolak Tong Sampah Secara Automatik

Diterbitkan November 19, 2026 · Dikemas kini November 19, 2026 oleh ariff bukhari

Pada masa depan, anda mungkin tidak lagi perlu menolak sendiri tong sampah berat di luar rumah anda.

Ini kerana, sebuah syarikat teknologi AS, Revere Robotics sedang membangunkan robot pintar yang direka untuk memudahkan urusan membuang sampah isi rumah.

Dikenali sebagai Curbie, ia merupakan sebuah platform autonomi kediaman bertujuan membantu pemilik rumah mengalihkan tong sampah dan tong kitar semula ke tepi jalan pada hari kutipan serta ia kembali semula secara kendiri selepas proses kutipan selesai.

Berbeza daripada sistem pengurusan sisa tradisional, Curbie dipasang pada tong sampah sedia ada tanpa memerlukan pengguna membeli tong baharu.

Curbie, Robot Tolak Tong Sampah Secara Automatik
Simulator kinematik dan gandingan sistem pemacu Curbie.

Robot ini menggunakan teknologi navigasi autonomi yang menggabungkan penglihatan komputer, penderia ultrasonik dan sistem geofencing untuk bergerak dengan selamat di kawasan rumah.

Menurut Revere Robotics, Curbie dibangunkan bagi menyelesaikan masalah yang sering dihadapi pemilik rumah seperti cuaca buruk, laluan yang panjang atau curam, serta kesukaran mengendalikan tong sampah yang berat.

Berdasarkan data yang Curbie, robot ini mampu menolak tong yang penuh dengan sampah berat sehingga 120+ lbs (~ 54.4kg) dan bergerak pada kelajuan selamat, < 3.0 mph (kurang daripada 4.8km/j.

Ia berpotensi memberi manfaat kepada warga emas dan individu yang mempunyai masalah mobiliti.

Dari segi keselamatan, Curbie dilengkapi dengan pengesanan halangan automatik, sistem brek kecemasan, pemantauan kestabilan dan kawalan melalui aplikasi mudah alih.

Pengguna boleh memantau status operasi, tahap bateri serta menerima notifikasi berkaitan tugasan yang dijalankan.

Curbie masih berada dalam fasa pembangunan dan ujian lapangan.

Jika berjaya dikomersialkan, ia berpotensi menjadikan pengurusan sisa domestik lebih mudah, selamat dan automatik.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Robot Humanoid Di China ‘Berguru’ Dengan Manusia, Mula Lakukan Tugas Ringkas
  • Kabel Optik Teras Berongga Hantar 128 Tbps Data Sepantas Cahaya Lebih 1,000KM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Selepas 13 Tahun, GTA VI Akhirnya Dilancarkan Dengan Ulasan Hampir Sempurna
  • Google Perkenal Gemini 4 Neon, Kualiti Setanding Carbon Dengan Kos Tugasan 32% Lebih Rendah
  • Instagram Kini Benarkan Pengguna Edit 'Story' Selepas Dimuat Naik
  • Maklumat Mengenai Ujian Sistem Amaran Bencana Pada 19 November Adalah Palsu - MCMC
  • Malaysia Minta Penjelasan AS Berhubung Sekatan Cip AI, Siasat Dakwaan Eksport Semula - Johari
  • Nvidia Umum Hentikan Penghantaran Cip AI 'Hopper' Ke China
  • Kabel Optik Teras Berongga Hantar 128 Tbps Data Sepantas Cahaya Lebih 1,000KM
©2026 WISER.MY