Ramai pengguna suka merebut baucar makanan murah melalui ‘Jom Rebut Deals’ di ShopeeFood. Namun, kadangkala berlaku situasi yang tidak dijangka seperti tersalah pilih cawangan, kedai tutup semasa ingin menebus, atau baucar gagal digunakan atas masalah teknikal.
Secara dasarnya, baucar ‘Jom Rebut Deals’ yang berstatus non-refundable iaitu tidak boleh dipulangkan wang sekiranya baucar tersebut tamat tempoh akibat kecuaian pembeli sendiri.
Walau bagaimanapun, anda masih boleh memohon bayaran balik (refund) jika baucar tersebut belum tamat tempoh dan mempunyai alasan yang kukuh.
Cara 'Refund' Jom Rebut Deals ShopeeFood
Buka aplikasi Shopee dan klik ShopeeFood.
Pergi ke bahagian Me.
Klik Help Center untuk disambungkan perbualan dengan ejen Shopee.
Klik Chat.
Pada ruangan chat, taip 'agent live' atau 'bercakap dengan ejen'. Hantar beberapa kali sehingga anda disambungkan kepada ejen Shopee.
Selepas anda disambungkan dengan ejen Shopee, berikan order ID dan jelaskan sebab mengapa anda ingin 'refund'.
Selepas 'refund' anda sudah diluluskan, jika anda ingin menyemak semula bayaran balik tersebut, anda pergi pada bahagian 'My Order'.
Paparan yang menunjukkan status bayaran balik anda telah diluluskan.
Tiga perkara penting tentang polisi ‘Refund Jom Rebut Deals’
- Mohon sebelum tamat tempoh. Baucar tersebut diberikan selama 7 hari sahaja.
- Wang dikembalikan ke ShopeePay atau Online Banking.
- Bukan jaminan 100% jika tersilap sendiri.
Dengan langkah ini, wang anda masih berpeluang diselamatkan daripada lesap begitu sahaja jika berlaku masalah luar jangka semasa ingin menebus baucar makanan anda.
