(Ulasan) Samsung QN85C 75" - Pelengkap Ekosistem Untuk Hiburan Dan Produktiviti

Wiser terkenal dengan ulasan berkaitan telefon pintar. Namun, kami juga ada saja berkongsi ulasan tentang televisyen.

Jika anda ingin tahu, TV Samsung model QN85CA dengan saiz 75 inci kini menjadi antara produk paling mahal di ibu pejabat Wiser yang terletak di Cyberjaya.

{suggest}

Jadi, untuk harga RM14 ribu, apa yang anda dapat? Sebelum tatal ke bawah, anda boleh tonton video unboxing di bawah untuk lihat apa yang diberikan Samsung.

https://www.youtube.com/watch?v=FI2YRRZq_rg&t=1318s

Selain itu, kami juga sebelum sudah kongsikan berkenaan penggunaan TV ini dalam artikel INI.

Namun, dalam artikel ini, saya nukilkan pengalaman dari segi penggunaan yang lebih terperinci seperti DEX, menonton video, kualiti audio, sambungan dengan peranti lain dan beberapa lagi.

Video




Sama ada Netflix, YouTube atau apa saja penstriman, kualiti paparan yang anda lihat sememangnya menakjubkan. Pertama sekali, kerana saiznya yang sangat besar.



Kemudian, skrin Neo QLED padanya memberikan warna dengan kontras yang cukup, warna yang terang dan hitam yang begitu menghampiri kegelitaan sebenar pada OLED.



Menonton kandungan yang datang dalam format 4K semestinya akan membuatkan anda ternganga. Untuk paparan selain 4K seperti 1080p, maka TV ini akan upscale untuk nampak tajam seakan-akan 4K.

Tak perlu cakap banyak, memang mengagumkan!

Audio




Terdahulu, saya sudah karang artikel ulasan untuk soundbar yang digunakan bersama TV ini. Kali ini, saya 'buang' soundbar tersebut dan nikmati kandungan terus daripada lohong speaker TV sendiri.



Setelah mencuba dengan Interstellar, Extraction 2, My Heart Will Go On dan lain-lain, saya tersenyum dan geleng kepala. Sebenarnya, pembesar suaranya sendiri sudah cukup.

Filem seperti Extraction 2 juga dapat dinikmati audio dan videonya dengan jelas, lantang dan terang. Skor muzik ciptaan Hans Zimmer dalam babak Cooper sedang bergelut dengan Dr. Brandt daripada ombak besar juga tidak pecah bunyinya, justeru bikin cemas dan debar.



Dalam pada itu, empat unit speaker pada TV ini memberikan audio yang lantang dan seimbang. Saya sendiri berpuas hati dan tidak kisah kalau kekal gunakan speaker built-in padanya.

Kedudukannya unit 4 speaker ini sebenarnya buatkan TV ini sebaiknya dipasang (mount) pada dinding untuk lantunan bunyi yang lebih 'sedap'.



Tapi iyalah, serasa sedikit kurang rencah kalau anda sudah biasa dengan sistem HiFi atau soundbar.

Kalau mahukan bass atau kepuasan yang lebih, semestinya anda harus pasang bersama soundbar. Bagi audiophile atau anda yang betul-betul mahukan kepuasan maksimum, sudah tentu ia tidak dapat berikan kepuasan sama seperti soundbar.

DEX dan Workspace


A Galaxy tablet, Galaxy smartphone, and a PC are showing the same app opened on each of their displays. Even though the app is the same, the UI interface optimized to each device shows how the app is presented differently.

Peranti Samsung mempunyai liputan ekosistem yang baik dan jauh lebih terbuka berbanding Apple. Ciri DEX misalnya bolehkan pengguna gunakan TV sebagai skrin kedua dan telefon atau tablet Samsung sebagai peranti utama/alat kawalan.



Kalau anda tidak pernah gunakannya, saya simpulkan -- anda dapat gunakan TV ini seperti sebuah komputer tapi besar gedabak dan ia tersambung dengan telefon Samsung Galaxy S22 anda secara langusng.



Antara muka depannya tidak jauh beza dengan Windows, jadi memudahkan pengguna terutamanya yang kali pertama.

Ketika menggunakan skrin telefon Galaxy S23 Ultra sebagai touchpad, pergerakan cursor ada sedikit delay lantas mengganggu kelancaran penggunaan.

Namun, video daripada telefon yang dimainkan di TV ini melalui DEX juga lancar dan butirannya masih kekal. Jadi, boleh saja kalau anda mahu main video daripada telefon Samsung ke TV ini tanpa risau bab kualiti paparan.

Apabila anda buka gambar, lain pula ceritanya. Tapi hal ini disebabkan resolusi imej yang saya ambil bukan dalam 200MP, justeru ia agak pecah-pecah.

Selain DEX untuk peranti Samsung, saya cuba juga sambungkannya dengan MacBook melalui ciri Workspace.



Nampaknya ia juga sangat dapat disambung dengan lancar kerana hanya melalui satu butang iaitu Screen Mirroring. Namun, pergerakan cursor jauh lebih teruk berbanding mod DEX dengan S23 Ultra tadi.



Keseluruhannya, dari segi sambungan antara peranti, ia stabil dan saya tidak mengalami masalah besar. Ciri-ciri ini bagus untuk produktiviti selain juga untuk hiburan seperti menayangkan video daripada telefon ke TV.

Sambungan internet dan Tizen OS


Sebuah TV pintar bukan saja menjadi pusat hiburan yang setakat memaparkan video dan mengeluarkan audio. Sambungan internet dan antara mukanya juga sangatlah penting untuk kelancaran penggunaan harian.



Bagi sambungan Wi-Fi, apa yang mengejutkan ialah ia dapat dapat terhubung dengan Wi-Fi yang isyarat yang sangat kuat. Hal ini kerana pada lokasi sama, peranti seperti telefon lain mempunyai kekuatan sambungan yang rendah pada Wi-Fi tersebut.



Tetapi, TV ini lancar sahaja memainkan kandungan 4K atau 1080P di Netflix dan YouTube tanpa lag yang teruk seperti peranti lain.

Perkara nampak remeh bagi sesetengah orang tapi saya harus puji kualiti antena yang digunakan.



Sistem Tizen OS juga lancar dan tidak ada lengah masa yang saya alami semasa menggunakannya. Cumanya, kalau dibandingkan dengan webOS, alat kawalan jauhnya masih tidak berkuasa seperti pada TV buatan LG.

Kapsyen: Neo QLED 4K QN85C tersedia dipasang dengan aplikasi pelayar yang mudah diakses.


Dari segi antara muka, ia tidak disukar untuk dinavigasi tetapi ada beberapa perkara boleh ditambah baik. Jadi, anda mungkin ambil masa sedikit untuk betul-betul selesa dengannya.

Kesimpulan


Paparan jenis QLED memang masih tidak mampu menandingi kualiti dibawakan OLED tetapi ia sudah memuaskan terutamanya bagi pengguna biasa.

Selain visual, aspek audio juga tidak mengecewakan. Kalau anda tidak mahu beli soundbar Samsung yang berharga ribuan ringgit pun tidak mengapa.

Untuk harga sekitar RM14 ribu, model QN85CA ini sesuai untuk dijadikan peranti utama di ruang tamu bagi anda yang berkemampuan. Saya fikir, sebut saja Samsung, anda pun sudah tahu apa yang akan dapat untuk harga yang ditawarkan.