Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing phone 4b custom edited

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik

Diterbitkan Oktober 29, 2026 oleh Iskandar Afiq Shaharuddin

Ringkasan Ulasan: Nothing phone (4b)

Wiser memberi Nothing phone (4b) skor 7/10. Harganya di Malaysia ialah RM1,599 semasa ulasan ini diterbitkan pada 29 Oktober 2026.

Produk Nothing phone (4b)
Skor Wiser 7/10
Harga (semasa ulasan) RM1,599
Diulas oleh Iskandar Afiq Shaharuddin
Tarikh ulasan 29 Oktober 2026

Kelebihan

  • Bateri besar
  • Hasil gambar cukup baik dalam pencahayaan baik
  • Skrin AMOLED 120Hz
  • Sensor cap jari pantas
  • Speaker stereo padu
  • Cip yang cukup memadai
  • Android Asli
  • UI boleh diubah suai
  • Tiada bloatware
  • 3 tahun software update
  • IP64

Kekurangan

  • Skrin tidak secerah yang dinyatakan
  • Hasil gambar kadangkala ada rupa diproses AI
  • Hanya ada pilihan storan 128GB dalam Malaysia
  • Tiada slot mikroSD
  • UFS 2.2
  • USB-C 2.0
  • Pengecasan 33W

Beli di: Shopee · Lazada

Nothing kini bukan lagi suatu jenama yang “tiada apa-apa”, jika anda tahu apa maksud saya.

Kini, ia dianggap sebagai salah satu jenama telefon terkemuka di dunia. Cuma, ia masih lagi sedang cuba untuk mengejar syarikat-syarikat China seperti Xiaomi, HONOR, dan vivo dari segi prestasi kamera dan cip.

Tidak kiralah betapa cantiknya rupa dan reka bentuk luarannya atau Android asli yang terkandung dalam telefon-telefon mereka, spesifikasi sebuah peranti itu juga penting.

Jadi, dengan wujudnya Nothing Phone (4b) yang merupakan model lebih bajet (RM1,599) berbanding Nothing Phone (4a), adakah Nothing mengurangkan spesifikasi tertentu untuk menurunkan harga? Atau ia satu pilihan yang lebih baik berbanding abangnya?

Binaan

Perkara pertama yang saya perasan adalah ia terasa murah. Ini kerana badan telefon ini diperbuat daripada plastik. Tetapi, pada tanda harga ini, ini menepati jangkaan saya.

Cuma, apa yang saya kurang gemar adalah saiz telefon yang terlalu besar, iaitu 6.77 inci. Ia terasa seperti memegang sebuah tablet, dan agak sukar untuk menggunakannya dengan satu tangan. Dengan berat 210g, ia terasa berat, dan pastinya akan memberatkan poket seluar saya.

Sekurang-kurangnya, ia mempunyai penarafan IP64 yang dapat melindungi telefon daripada debu dan sedikit percikan air. Cuma, pastikan anda tidak merendamkan telefon ini ke dalam air.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik

Kini kita tahu bahawa telefon ini terasa murah, bersaiz besar, tetapi masih lagi mempunyai penarafan Ingress Protection. Jadi, bagaimana pula dengan bateri?

Bateri

Satu kelebihan Nothing Phone (4b) adalah bateri berkapasiti 5200mAh. Nothing mengatakan bahawa kapasiti bateri ini adalah yang terbesar dalam sebuah telefon Nothing setakat ini.

Setelah menggunakannya selama sebulan, saya boleh kata bahawa telefon ini mampu bertahan seharian dengan penggunaan yang ringan, dengan kadar segar semula ditetapkan pada 120Hz, dan mod ‘Always-On-Display’ dihidupkan. Hayat baterinya tidaklah sampai dua hari, tetapi cukup baik dan tidak memerlukan anda untuk membawa powerbank seperti pengguna-pengguna iPhone yang lain.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Bateri telefon ini boleh tahan seharian.

Anda boleh sahaja mendapat hayat bateri sehingga dua hari jika anda mengaktifkan mod ‘Battery Saver’. Ini kerana, mod ini akan menurunkan kadar segar semula ke 60Hz, dan mematikan mod ‘Always-On-Display’ untuk meningkatkan lagi masa penggunaan.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
‘Battery Saver’.

Ketika bateri dalam keadaan nazak, ia boleh dicas sehingga penuh semula dalam jangka masa 110-120 minit kerana ia menyokong pengecasan 33W. Ia setara dengan telefon Pixel 11 Pro, jadi ia agak perlahan mengikut standard masa kini.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik

Jadi, setakat yang kita tahu, baterinya lebih besar. Tetapi, apa lagi yang ada pada telefon ini?

Multimedia

Pada tanda harga ini, Nothing masih lagi bermurah hati untuk memberikan skrin FHD AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Dengan kombinasi ini, skrinnya terasa lancar dan nampak tajam dengan penghasilan warna yang cukup natural. Pengalaman saya menonton video di YouTube terasa sama seperti di Nothing Phone (4a).

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik

Disebabkan ia menggunakan panel AMOLED, telefon ini juga menyokong mod ‘Always-On-Display’ yang mirip telefon-telefon flagship. Ini kerana mod ini benar-benar menyala sehinggalah skrin telefon itu ditelangkupkan, tidak seperti telefon-telefon midrange lain.

Contohnya, Xiaomi Redmi Note 17 Pro Max mempunyai mod ini, tetapi ia hanya menyala selama beberapa saat dan padam semula.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
‘Always-On Display’.

Cuma, terdapat tiga spesifikasi skrin yang Nothing kurangkan sebagai langkah untuk mengurangkan harga: Nilai Pulse-Width Modulation (PWM), kecerahan (nits), dan ketebalan bingkai.

Berbanding dengan kebanyakan telefon pada segmen harga ini, ia mempunyai nilai PWM yang rendah, iaitu 480Hz PWM. Ini bermakna, semakin rendah nilai PWM, semakin tegang atau letih mata anda melihatnya.

Bagi saya, skrin tersebut tidak memenatkan mata saya walaupun berjam-jam digunakan. Jadi, ia tidak semestinya memberi kesan kepada semua pengguna.

Akan tetapi, kecerahan skrin ini adalah satu isu yang ketara. Ketika saya cuba menggunakan telefon ini di bawah cahaya matahari, skrin pada Nothing Phone (4b) kelihatan malap sedikit berbanding Nothing Phone (4a).

Bukan itu sahaja, walaupun Nothing mendakwa skrin telefon ini mampu mencecah 2000 nits, ia kelihatan lebih malap daripada itu. Kecerahannya seolah-olah hanya separuh daripada dakwaan Nothing.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Kurang sesuai untuk digunakan di bawah cahaya matahari.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Skrinnya cerah sedikit sahaja berbanding iPhone 13 saya (800 nits sahaja).

Penulis artikel dari Notebookcheck, Daniel Schmidt, juga mengatakan bahawa skrin pada telefon ini tidak secerah yang disangka. Mereka hanya mendapat bacaan 1,160 cd/m², iaitu separuh daripada apa yang Nothing nyatakan. Oleh sebab itu, telefon ini kurang sesuai untuk digunakan dalam situasi pencahayaan yang ekstrem.

Isu mengenai bingkai skrin pula bukanlah satu isu yang besar, tetapi perbezaannya agak ketara apabila dibandingkan dengan Nothing Phone (4a).

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Bingkai telefon ini juga kelihatan tebal sedikit di atas dan bawah skrin.

Walaupun terdapat kekurangan sebegini, saya masih seronok menggunakan skrin pada telefon ini untuk menonton filem dan video di YouTube. Lebih-lebih lagi kerana ia masih lagi sebuah panel AMOLED yang baik dari segi penghasilan warnanya yang natural dan warna hitam yang pekat.

Dari segi bunyi pula, telefon ini menggunakan speaker jenis stereo. Saya bersyukur kerana Nothing tidak mengabaikan aspek penalaan bunyi. Berdasarkan pendengaran saya, kualiti bunyinya jelas dari segi penghasilan vokal dan instrumen. Secara keseluruhannya, saya merasakan ia mempunyai profil bunyi yang neutral, dan tidak banyak bass.

Berani saya katakan bahawa speaker pada telefon Nothing Phone (4b) ini adalah antara yang terbaik saya pernah dengar pada julat harga ini. Kalah telefon HONOR X9e Pro yang berharga lebih mahal.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Bunyi speaker best.

Maka, ia juga cukup mantap dari aspek multimedia. Bagaimana pula dengan sistem operasi?

OS dan Ciri Lain

Nothing Phone (4b) menjalankan Nothing OS 4.1 yang berasaskan Android 16. Sistem operasi ini memberikan pengalaman seakan-akan Android asli (stock Android). Jadi, sememangnya tiada ‘bloatware’ dan iklan. Anda juga boleh mengubah suai tema dan estetik UI mengikut citarasa anda.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
NothingOS 4.1.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Warna di ‘homescreen’ telah diubahsuai.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Pengubahsuaian ini juga memberi kesan kepada ‘Quick Settings’.

Disebabkan Nothing OS juga, ia membuatkan telefon ini rasa lancar dan tidak murah. Sepanjang sebulan saya memakainya, jarang berdepan masalah lag.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
UI terasa lancar. Rupa juga nampak estetik.

Yang best juga, telefon ini akan mendapat 3 tahun kemas kini perisian (software update), jadi ia pasti boleh dipakai lama.

Kini, kita masuk ke ciri-ciri lain pula, bermula dengan lampu Glyph Bar. Nothing Phone (4b) juga ada, cuma bilangan lampunya kurang berbanding Nothing Phone (4a). Dari segi kegunaan dan kebolehannya, sama sahaja. Ia boleh menjadi penunjuk notifikasi masuk, tahap volume bunyi, lampu suluh tambahan, dan timer.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Empat petak LED pada Nothing phone (4b) vs. Enam petak LED pada Nothing phone (4a).
glyph bar volume
Boleh menjadi penunjuk ‘volume’.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Boleh dihidupkan dalam aplikasi ‘Settings’.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik

Butang ‘essential’ juga ada bagi mereka yang memerlukannya untuk menyimpan nota suara dan nota teks. Diingatkan bahawa butang ini tidak boleh ditetapkan untuk melakukan perkara lain seperti membuka aplikasi atau aktifkan mod ‘mute’.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Butang ‘essential’ pada Nothing phone (4b) dan Nothing phone (4a).
essential button in action
Apabila butang ‘essential’ ditekan, muncul UI ini.

Dari segi sambungan pula, telefon ini dilengkapi WiFi 6, Bluetooth 6.0, sokongan 5G, dan NFC. Jadi, saya tidak pernah mengalami sebarang masalah sambungan, sama ada kepada internet atau earphone Bluetooth saya.

Setakat ini, Nothing Phone (4b) masih lagi terserlah kekuatannya. Tetapi, pastinya ada tersembunyi kekurangannya dalam cip telefon ini, bukan?

Prestasi

Nothing Phone (4b) dikuasakan Snapdragon 6 Gen 4 dengan GPU Adreno 810. Dengan skor AnTuTu sebanyak 975K, ia boleh dianggap sebagai sebuah cip midrange permulaan. Digandingkan dengan RAM 8GB LPDDR4X, jangkaan saya terhadap prestasi cip ini tidaklah tinggi, tetapi saya tidak kecewa.

Ini kerana cip ini mampu menjalankan game seperti Where Winds Meet dan Neverness To Everness. Cuma, ia akan bergelut sedikit.

Bermula dengan Where Winds Meet, saya menggunakan tetapan grafik ‘Default’ dengan frame rate ‘Medium’ atau 25 fps. Dengan tetapan ini, game ini boleh dimainkan, tetapi ia tidaklah lancar dan ada sedikit lagging. Secara spesifik, prestasinya adalah sekitar 21-25 fps. Setelah bermain selama 22 minit, bateri hanya turun 5%, dengan suhunya suam sedikit.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Ada mod ‘performance’ tetapi, tiada ‘FPS counter’.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Tetapan grafik ‘default’ dan kadar segar ‘medium – 25’.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Suhu sebelum bermain.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Suhu selepas 22 minit gaming. Suam sahaja.

Beralih ke Neverness To Everness pula, pada tetapan grafik ‘Balanced’ dan frame rate 60 fps, ia juga boleh dimainkan dengan baik, iaitu sekitar 31-37 fps, tetapi ada lagging. Apa yang mengejutkan, selepas bermain selama 20 minit, telefon ini tidak menjadi panas dan ia hanya terasa sedikit suam.

Walau bagaimanapun, memandangkan saya bermain selama hampir dua jam, ia pasti akan menjadi panas, tetapi nasib baik kepanasannya tidak sampai ke tahap telefon ini tidak boleh dipegang langsung. Jadi, jelaslah bahawa pihak Nothing telah melakukan sesuatu terhadap pengurusan suhu dalam telefon ini.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Tetapan grafik ‘Balanced’.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Suhu sebelum bermain.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Ia berjalan pada sekitar 31-37 fps.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Setelah bermain selama hampir 2 jam, telefon terasa panas, tetapi tidak terlalu panas.

Walau bagaimanapun, game seperti ini dianggap berat untuk dijalankan pada cip sebegini. Jadi, lebih baik anda bermain game yang lebih ringan seperti Mobile Legends, Roblox, dan Minecraft. Pastinya ia akan berjalan dengan lancar.

Satu perkara yang berpotensi menjadi satu bottleneck atau kekangan pada jangka masa panjang adalah UFS 2.2. Ini bermakna pemprosesan aplikasi, pembukaan aplikasi berat, dan penghantaran fail secara dalaman akan terasa perlahan. Jadi, telefon ini bukanlah untuk penggunaan yang berat.

Satu gajah besar dalam bilik: storan 128GB. 

Pada pendapat saya, storan sebanyak ini tidak mencukupi pada tahun 2026 disebabkan saiz aplikasi seperti Instagram, WhatsApp, TikTok, dan YouTube akan memakan lebih 10GB. Android juga sudah memakan sekitar 16GB daripada storan. Jika anda memuat turun game seperti Where Winds Meet dan Neverness To Everness, hilang lagi 80GB storan…

Memandangkan telefon ini tidak mempunyai slot mikroSD, anda tertakluk kepada storan yang ada sahaja.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Dua game sahaja sudah memakan 80GB…
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Android juga sudah memakan sebahagian daripada storan…

Penghantaran fail ke laptop melalui port USB-C versi 2.0 juga akan menjadi perlahan. Tetapi, USB versi ini sangatlah lazim pada telefon-telefon midrange. Sekurang-kurangnya anda tahu.

Buat masa ini, kita tahu prestasinya cukup baik, namun kapasiti storan, versi UFS, dan versi USB-C akan menjadi masalah dalam jangka masa panjang. Bagaimana pula dengan kamera?

Kamera

Senang kata, kamera bukan sebab utama untuk anda mempertimbangkan telefon ini. Nothing Phone (4b) dilengkapi dengan dua kamera belakang (kamera utama 50MP, kamera ultrawide 8MP), dan kamera swafoto 16MP.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Tiada kamera telefoto pada Nothing phone (4b).
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Kamera swafoto 16MP.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Nothing phone (4a) mempunyai kamera swafoto 32MP, berbanding 16MP pada Nothing phone (4b).

Seperti yang anda dapat lihat, Nothing terpaksa membuang lensa telefoto dan mengurangkan jumlah megapiksel kamera hadapan bagi menurunkan lagi harganya.

Kamera-kamera pada telefon ini juga bukan yang terbaik, dan sangat bergantung kepada pemprosesan AI untuk menajamkan imej. Saya juga perlu berdiri secara statik untuk mendapatkan gambar yang jelas. Gerak sikit, gambar akan nampak kabur.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Gambar kelihatan jelas apabila tidak bergerak.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Gambar terus nampak kabur apabila ia diambil sambil bergerak.

Dalam keadaan pencahayaan yang baik, hasil gambar nampak cukup baik. Cuma, diingatkan bahawa telefon ini tidak mempunyai lensa telefoto, jadi tidak digalakkan untuk zum ketika mengambil gambar untuk mengelakkan hasil gambar yang nampak pecah.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Bokeh nampak baik, tetapi nampak sedikit efek pemprosesan AI.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Zum sikit.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Zum lagi.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Zum habis.

Sekadar peringatan, akan ada gambar-gambar yang kelihatan seperti seseorang itu ditampal atas gambar yang lain kerana rupa yang sangat jelas kelihatan seperti diproses oleh AI.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik

Hasil gambar pada malam hari pula sangat bergantung kepada pemprosesan AI kerana saiz sensor yang kecil serta bukaan apertur yang terhad. Kesannya, tangkapan malam masih kelihatan kurang natural dan oversharpened, tetapi tidaklah pada semua situasi. Cukup pencahayaan, nampak okay sahaja.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Apabila mod ‘Night’ digunakan.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Tanpa mod ‘Night’.

Kamera swafoto pula menghasilkan gambar-gambar yang nampak kurang natural dan oversharpened. Dynamic range juga biasa-biasa sahaja.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Perlu berdiri statik, baru nampak jelas.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Jika bergerak sedikit, akan nampak kabur.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Tiba-tiba rambut pendek.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
‘Dynamic range’ biasa-biasa sahaja.
IMG_20261008_193406609 (1)
Gambar yang diambil pada waktu malam jelas nampak efek diproses oleh AI.
(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Nampak okay sahaja.

Beralih kepada rakaman video, satu sahaja saya boleh kata: peranti ini bukanlah direka untuk tujuan rakaman video. Anda pastinya tidak akan menghasilkan sebuah filem menggunakan kamera pada telefon ini.

Walau bagaimanapun, terdapat satu ciri menarik yang dipanggil “Dual-View Video”, yang menggunakan kamera swafoto dan kamera belakang secara serentak untuk menghasilkan video ala vlog. Ciri ini disediakan khusus untuk mereka yang memerlukannya.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik

Jadi, sekarang kita tahu bahawa kamera pada telefon ini mencukupi untuk kegunaan asas, tetapi kurang sesuai bagi peminat fotografi.

Jadi, Telefon Ini Untuk Siapa?

Nothing Phone (4b) merupakan sebuah telefon midrange yang cukup baik kerana baterinya yang besar, skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, cip yang cukup berkuasa, dan Nothing OS yang bersih dan tiada bloatware.

Cuma, dengan tawaran storan 128GB pada harga bermula RM1,599, ia menjadi satu telefon yang agak sukar untuk disyorkan. Sebab utama adalah pesaing lain seperti Xiaomi Redmi Note 17 Pro Max dan HONOR X9e Pro yang mampu memberikan storan 256GB, cip yang lebih berkuasa, IP69K, dan bateri sehingga 11,000mAh pada lingkungan harga RM1,699-RM1,999. POCO X8 Pro yang lebih berkuasa juga boleh didapati pada julat harga ini. Tambah duit lebih sedikit, dapat lebih.

Pada pandangan saya, storan 128GB tidak mencukupi untuk penggunaan jangka masa panjang, tidak kiralah betapa lancar dan bersih OS telefon itu. Tetapi, saya merasakan telefon ini masih lagi ada pasaran, secara spesifiknya bagi pencinta Android Asli yang tidak mahu menyerabutkan kepala membuang bloatware, dan juga ingin mengubah suai UI mengikut cita rasa.

Terdapat satu varian khusus untuk pasaran India yang dilengkapi storan 256GB dan bateri 6000mAh, namun ia tidak mempunyai NFC. Walau bagaimanapun, ia masih lagi satu tawaran yang jauh lebih baik dan sangat mudah untuk disyorkan. Tetapi malangnya, ia tidak dijual di Malaysia.

(Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
Nothing Phone (4b) edisi RCB. Gambar dari laman Nothing Community.

Harga Nothing Phone (4b) di Malaysia

Nothing sepatutnya menjual varian 256GB sahaja secara global. Berdasarkan penawaran yang sedia ada, ia hampir menjadi sebuah telefon midrange “all-rounder”. Saya rasa telefon ini okay sahaja untuk anda pertimbangkan, tetapi banyak lagi telefon lain pada segmen harga ini yang mampu memberikan prestasi yang lebih baik.

Berkaitan

  • Saya Cuba Emulator PS2, PC Pada POCO X8 Pro, Cukup Berkuasa Ke Cip Dimensity Ni?
  • (Ulasan) Nothing ear (3a) — Earbuds Yang Dinamik Dan Menonjol, Tetapi Masih Ada Kekurangan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY