Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Headphone (1) 1

(Ulasan) Nothing Headphone (1) – Kualiti Baik, Bunyi Sedap Tapi Harga Tak Kena

Diterbitkan Julai 23, 2025 · Dikemas kini Julai 23, 2025 oleh ariff bukhari

Ringkasan Ulasan: Nothing Headphone (1)

Wiser memberi Nothing Headphone (1) skor 6.5/10. Harganya di Malaysia ialah RM1,099 semasa ulasan ini diterbitkan pada 23 Julai 2025.

Produk Nothing Headphone (1)
Skor Wiser 6.5/10
Harga (semasa ulasan) RM1,099
Diulas oleh ariff bukhari
Tarikh ulasan 23 Julai 2025

Kelebihan

  • Rekaan menarik
  • Selesa dipakai lama
  • Binaan berkualiti
  • Ciri butang kawalan fizikal
  • Bateri tahan 80 jam

Kekurangan

  • Bunyi sedap tapi tidak padan dengan harga
  • Tidak boleh dilipat
  • ANC biasa sahaja

Beli di: Shopee · Lazada

Nothing baru-baru ini telah perkenalkan produk audio terbarunya, Nothing Headphone (1), fon kepala over-ear pertama daripada jenama ini.

Hadir dengan rekaan unik, Headphone (1) dibangunkan hasil kolaborasi dengan syarikat audio terkemuka, berpangkalan di UK, KEF.

Jadi, dibangunkan dengan kerjasama syarikat audio terkenal, pastinya Nothing mengharapkan ia dapat menarik peminat audio tegar.

Tapi, selepas lebih seminggu memakainya dan merasai sendiri pengalaman audio fon kepala ini, adakah ia berbaloi dengan harganya?

Nothing Headphone (1) 2
Headphone (1) ini terasa premium, ringan dan kualiti binaan yang kemas..

Rekaan Futuristik dan Kemas

Nothing memang dikenali dengan gaya rekaan lutsinar, dan Headphone (1) tidak terkecuali.

Ia nampak moden dan berkelas. Pad telinga juga empuk dan ikat kepalanya selesa dipakai walau berjam-jam.

Nothing Headphone (1) 3

Ciri Butang Fizikal dan ANC

Headphone (1) sudah tentunya dilengkapi ciri pembatan hingar aktif (ANC)yang mampu menyesuaikan diri mengikut persekitaran anda.

Gabungan 6 mikrofon  pula memastikan panggilan telefon jelas, walaupun dalam suasana bising.

Nothing Headphone (1) 4
Nothing Headphone (1) dilengkapi butang fizikal untuk kawalan seperti kekuatan bunyi dan pilihan lagu.
Nothing Headphone (1) 3

Bunyi Sedap

Dengan pemacu dinamik 40mm yang ditala bersama pakar audio KEF, bunyi  yang dihasilkan Headphone (1) memang sedap.

Bass terasa dalam dan bertenaga, audio juga seimbang yang menghasilkan vokal yang jelas dan instrumental yang hidup.

Ditambah lagi dengan sokongan Hi-Res Audio dan LDAC memberikan pengalaman audio yang sesuai untuk peminat audio.

WhatsApp Image 2025-07-23 at 08.30.01
Ciri kawalan tambahan untuk Nothine Headphone (1) ini boleh diakses dari aplikasi Nothing X.
WhatsApp Image 2025-07-23 at 08.30.23

Tapi… Harga Tu

Walaupun bunyinya sedap, tapi harga jualan yang tinggi iaitu berharga RM1,099, tidak mencerminkan tahap kualiti audio pada harga itu.

Terus terang cakap, harga paling tinggi yang sepatutnya untuk kualiti audio yang disampaikan Headphone (1) ini adalah sekitar RM899 sahaja.

Bukanlah bermakna kualiti bunyi fon kepala ini tidak sedap, tapi ia sedap untuk harga di bawah RM900, baru padan kualiti keseluruhan Headphone (1) ini dengan harganya.

Satu lagi kekurangannya adalah pada ciri ANCnya yang pada penulis ia biasa sahaja.

Nothing Headphone (1) 5

Menarik tapi ‘Overprice’

Apa yang dapat disimpulkan, Nothing Headphone (1) adalah fon kepala yang menarik dari segi reka bentuk dengan prestasi audio yang baik.

Tetapi disebabkan harga yang ditawarkan kurang kompetitif, menyebabkan peminat audio mungkin akan memilih pilihan lain yang lebih baik.

Nothing Headphone (1) 2
Nothing Headphone (1) didatangkan bersama bekas simpanan.

Namun, jika anda mahukan gaya dan kelainan, Headphone (1) adalah antara pilihan menarik yang ada untuk anda yang berbajet tinggi.

Jadi, apa kata anda? Adakah anda akan membeli Headphone (1) ini atau ada cadangan yang lebih baik? Beri cadangan anda di ruang komen.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Nothing Phone (3) Dikritik, Ini Respon Carl Pei
  • Jangan Beli, 58 Kotak TV Android Ini Dijangkiti Perisian Hasad BADBOX 2.0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY