Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android TV box

Jangan Beli, 58 Kotak TV Android Ini Dijangkiti Perisian Hasad BADBOX 2.0

Diterbitkan Julai 21, 2025 · Dikemas kini Julai 21, 2025 oleh ariff bukhari

Google mendedahkan bahawa perisian hasad dikenali sebagai BadBox 2.0 telah menjangkiti lebih 10 juta peranti Android, termasuk TV pintar, tablet dan projektor digital.

Perisian hasad ini berfungsi sebagai botnet—rangkaian peranti yang dikawal penjenayah siber untuk tujuan jenayah seperti ransomware dan serangan DDoS.

Menurut Google, jangkitan ini disebarkan melalui peranti murah buatan China yang tersedia dipasang dengan BadBox 2.0 atau memuat turun aplikasi meragukan dari stor aplikasi tidak rasmi.

Dalam laporan Pasukan Perisikan dan Penyelidikan Ancaman Satori HUMAN dengan kerjasama Google, Trend Micro, Shadowserver dan rakan kongsi lain telah menyenaraikan sejumlah 58 model peranti kotak TV Android yang dipercayai telah dijangkiti perisian hasad BadBox 2.0.

Jangan Beli, 58 Kotak TV Android Ini Dijangkiti Perisian Hasad BADBOX 2.0
Setiap peranti dalam jadual diwakili oleh satu atau lebih APK yang mengandungi kod pintu belakang.

Ekoran itu, Google telah memfailkan saman di New York terhadap sindiket jenayah di sebalik BadBox 2.0, yang dipercayai melibatkan sekurang-kurangnya 25 individu atau entiti dari China.

Mereka juga meminta perintah mahkamah untuk mematikan pelayan yang mengawal botnet ini, termasuk domain yang didaftarkan melalui Cloudflare, GoDaddy dan NameCheap.

Google menasihatkan pengguna yang memiliki peranti terjejas agar menutup atau menghentikan penggunaannya serta-merta.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Xiaomi Lancar Menu Turbo, Jana Prestasi Telefon Ke Tahap Maksimum
  • Nothing Phone Kini Sokong Permainan 'Battle Royale' 120fps Dan Prestasi Kamera Dipertingkat

Sumber: HUMAN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY