Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI Titan 18HX

(Ulasan) MSI Titan 18HX – Terpaling ‘Laptop Gaming’, Tapi Kini Era ‘Handheld’

Diterbitkan Disember 10, 2025 · Dikemas kini Disember 10, 2025 oleh ariff bukhari

Ringkasan Ulasan: MSI Titan 18HX

Wiser memberi MSI Titan 18HX skor 8.5/10. Harganya di Malaysia ialah RM29,599 semasa ulasan ini diterbitkan pada 10 Disember 2025.

Produk MSI Titan 18HX
Skor Wiser 8.5/10
Harga (semasa ulasan) RM29,599
Diulas oleh ariff bukhari
Tarikh ulasan 10 Disember 2025

Kelebihan

  • Spesifikasi berkuasa
  • Skrin 4K mini LED 18 inci
  • Kekunci mekanikal dari Cherry MX
  • GPU GeForce RTX™ 5090

Kekurangan

  • Sangatlah berat 3.6kg
  • Harga ultra premium
  • Di era handheld, pasaran laptop gaming semakin mengecil

Beli di: Shopee · Lazada

Jika ada laptop yang layak untuk dinobatkan sebagai king, MSI Titan 18 HX AI adalah model yang selayaknya memegang takhta tersebut.

Ia merupakan sebuah laptop gaming premium yang direka untuk pengguna yang mahukan prestasi maksimum.

Dikuasakan oleh Intel® Core™ Ultra 9 285HX dengan 24 teras dan teknologi Intel AI Boost (NPU), ia mampu mencapai kelajuan turbo sehingga 5.5 GHz.

Digabungkan lagi dengan NVIDIA® GeForce RTX™ 5090 Laptop GPU yang menawarkan 24GB GDDR7 VRAM serta kuasa grafik sehingga 175W, Titan ini menjanjikan pengalaman gaming dan produktiviti bertaraf desktop.

MSI Titan 18HX
Dengan skrin besar 18 inci Mini LED (kadar segar semula 120Hz), ia memberikan pengalaman bermain terbaik.

Dari segi memori pula, ia hadir dengan 64GB DDR5-6400 serta storan 6TB SSD (gabungan PCIe Gen4 dan Gen5), sesuai untuk menyimpan permainan AAA dan projek kreatif berskala besar.

Sistem audio memnag sedap sebab ia menggunakan teknologi Dynaudio bersama woofer terbina, menghasilkan bunyi imersif untuk hiburan dan kerja.

Sambungan moden seperti Thunderbolt™ 5, HDMI 2.1, Wi-Fi 7, dan Bluetooth 5.4 memastikan sokongan untuk pelbagai jenis sambungan masa depan.

MSI Titan 18HX
Istimewanya lagi MSI Titan 18HX ini adalah papan kekunci mekanikalnya rmenampilkan Cherry RGB dari SteelSeries dengan Copilot Key, serta Haptic Touchpad yang besar dengan ciri RGB.

Tapi kini era handheld

Memang tak dinafikan spesifikasi laptop ini terpaling power dan tak perlu dipertikai prestasi gamingnya.

Tapi, dengan tanda harganya yang hampir mencecah RM30, 000, MSI Titan 18 HX ini bukanlah untuk semua.

Ia benar-benar menyasarkan pemain tegar judul permainan PC yang mahukan sebuah peranti mudah alih berprestasi ultra tinggi yang boleh diangkut ke mana-mana sahaja.

Juga bagi mereka yang perlukan sebuah laptop berkuasa tinggi yang mudah dibawa untuk tugasan luar seperti pereka kesan khas, juru animasi 3D mahupun pembangun perisian dan saintis.

MSI Titan 18HX
MSI Titan 18HX dilengkapi bateri besar menjadikan berat keseluruhannya 3.6kg. Itu belum lagi ditambah dengan berat pengecas bata 400Wnya.

Cuma, di era peranti pegang tangan (hand held) yang sedang berkembang pesat ini, kemunculan pelbagai model bagi kategori baharu ini sekali gus memberikan pilihan baru kepada pengguna di mana mereka tidak perlu lagi mengusung sebuah laptop besar dan berat.

Konsol ‘handheld‘ seperti ROG Xbox Ally, MSI Claw A1M, Lenovo Legion Go S dan lain-lain, memberikan pengguna kemudahan bermain judul permainan PC kegemaran mereka tanpa perlukan lagi bergantung pada laptop yang mahal, besar dan berat.

Featured Image – Wiser Article (85)
Konsol permainan seperti MSI Claw A1M ini kini lebih releven sekarang. Ringan, kecil dan fleksibel.

Kesimpulan

MSI Titan 18 HX AI sememangnya laptop gaming yang cukup berkuasa hasil gabungan spesifikasi ekstrem, kuasa pemprosesan kelas desktop dan paparan premium yang sukar ditandingi.

Namun, landskap gaming yang kini berubah dengan kemunculan peranti ‘handheld’ yang semakin berkuasa dan praktikal sekali gus menimbulkan persoalan sama ada laptop berkuasa seperti ini masih relevenkah dijadikan sebagai platform gaming mudah alih untuk beberapa tahun lagi?

MSI Titan 18HX
MSI Titan 18HX
Pandangan sudut belakang MSI Titan 18HX..

 

Pada tanda harga RM29,559.00, MSI Titan 18 HX AI  jelas disasarkan kepada gamer tegar dan profesional kreatif yang mahukan prestasi maksimum dalam bentuk mudah alih tanpa kompromi.

Apa pun, secara keseluruhan, Titan 18 HX AI adalah sebuah laptop yang sangat berkuasa dan eksklusif.

Berkaitan

  • (Ulasan) MSI Claw A1M - Bagus Tapi Ada Yang 'Lagi Bagus'
  • Telefon 'Gaming' Infinix Kini Jadi Pilihan Pengguna Di Malaysia, Indonesia Dan Filipina
  • (Ulasan) ROG Xbox Ally - Handheld PC Gaming Pertama Yang Buat Saya Rasa Macam Konsol

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY