Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405)

(Ulasan) ASUS Zenbook 14 OLED UX3405 – Lebih Kuasa, Skrin Bertambah Cun

Diterbitkan Februari 29, 2024 · Dikemas kini Mac 13, 2024 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia telah pun melancarkan Zenbook 14 OLED (UX3405), komputer riba ultraportable premium yang menampilkan pemproses Intel Core Ultra berkuasa AI pertama di Malaysia.

Untuk ulasan kali ini, suka penulis fokuskan pada 2 perkara istimewa yang ada pada komputer riba premium ini iaitu pada prestasi cip pemprosesannya dan skrin OLED yang kini lebih mengkagumkan.

ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405)

Intel evo – Core Ultra 7 155H

Zenbook 14 OLED (UX3405) terbaru ini dikusakan oleh cip pemprosesan Intel yang begitu berkuasa iaitu Core Ultra 7 155H.

CPU ini mempunyai 6 teras P (Power) dan 10 teras  E (Efficient) dan menjalankan sejumlah 22 bebenang pada kelajuan sehingga 4.8GHz.

Dengan kuasa pemprosesan itu, Zenbook 14 OLED (UX3405) berupaya menjalankan aplikasi-aplikasi kreatif yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi .

Malah memainkan permainan pada komputer riba ini juga tiada isu, memberikan pengalaman bermain yang lancar dan menyeronokkan.

ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405)
Bermain permainan dan membuat grafik di komputer riba ini cukup menyeronokkan. Ditambah pula dengan kualiti visual skrin OLED dengan kadar segar 120Hz yang mengkagumkan.

Skrin 3K OLED 120Hz

Skrin 3K ASUS Lumina OLED 120 Hz pada komputer riba ini memang tidak perlu dipertikaikan kualiti visual yang disampaikan.

Ia begitu indah yang menjadikan ia sangat sedap dipandang. Tidak salah untuk menyatakan bahawa Zenbook 14 OLED (UX3405) sebagai komputer riba yang memiliki paparan terbaik setakat ini.

Zenbook 14 OLED_UX3405_Scenario photo_04
Panel OLED 14 inci dengan resolusi 2880 x 1800 dan tetapan kecerahan sehingga 600 nits memberikan pengalaman bermain dan tontonan video HDR menakjubkan.

Lain-lain

Melihat pada spesifikasi lainnya, Zenbook 14 OLED (UX3405) dimuatkan dengan  bateri 75 Wh, grafik yang dikuasakan dari cip berprestasi sederhana Intel Arc, storan 1TB dan RAM LPDDR5X 32GB.

ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405)
Walaupun dilengkapi pelbagai port I/O termasuk Thunderbolt 4, USB 3.2 Gen 1 Type-A, HDMI 2.1 (TMDS) dan bicu audio 3.5mm, tapi sayangnya tiada slot kad SD atau microSD.

Kesimpulannya…

Jika anda mencari sebuah komputer riba premium dan memiliki bajet yang besar, ASUS Zenbook 14 OLED UX3405 adalah antara pilihan yang terbaik untuk anda tahun ini.

Ia merupakan komputer riba premium yang bukan sahaja dari rekaan  fizikalnya ringan dan nipis, tetapi dilengkapi spesifikasi berkuasa, cip Intel terbina dengan ciri AI yang menjalankan sistem operasi Windows 11 terbaharu serta skrin OLED yang terbaik di pasaran ketika ini.

ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405)
Bateri komputer riba ni memang tahan lama, seharian pakai pun tak habis. Kalau habis, sambung je pengecas pantasnya. Cas bateri pun laju.

ASUS Zenbook 14 OLED UX3405 sudah pun berada di pasaran yang dijual dengan harga bermula dari RM4,499 untuk varian Core Ultra 5 dan RM6,299 untuk varian Core Ultra 7 yang lebih berkuasa seperti model yang penulis uji ini.

Untuk info lebih lanjut tentang ASUS Zenbook 14 OLED UX3405 ini, layari laman rasmi ASUS Malaysia.

Beli ASUS Zenbook 14 OLED UX3405 dari stor rasmi di:

Shopee: https://invl.io/clksn3y

Lazada: https://invol.co/clksn2s

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Zenbook 14 OLED (UX3405) Dengan Cip Intel Core Ultra Dijual Pada Harga Permulaan RM4499
  • (Ulasan) ASUS ROG Phone 8 Pro Edition - Ini Zenfone Versi 'Gaming'
  • (Ulasan) Lenovo Legion Go - Cukup Berkuasa Tapi Kurang Sesuai Dibawa

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY