Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Zenbook 14 OLED 8

(Ulasan) ASUS Zenbook 14 OLED, Spesifikasi Kayangan Harga Marhaen

Diterbitkan Mei 23, 2022 ยท Dikemas kini Mei 23, 2022 oleh ariff bukhari

ASUS telah pun melancarkan model terbaru siri komputer riba popular mereka iaitu ASUS Zenbook 14 OLED.

Untuk model Zenbook 14 OLED tahun 2022 ini, ia kini dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru Intel iaitu Intel Core Gen-12 (i5/i7/i9) dan cip grafik Intel Iris Xe.

Penulis telah pun berpeluang mencuba lebih awal komputer riba ASUS Zenbook 14 OLED terbaru ini.

Jadi apa yang menarik?

Skrin OLED cun habis

ASUS Zenbook 14 OLED dilengkapi dengan paparan OLED bersaiz 14 inci yang memberikan kepuasan apabila menatapnya.

Pada resolusi 2.8K (2880 x 1800) serta kadar segar 90Hz, skrin OLED ASUS sememangnya yang terbaik dalam kelasnya.

Zenbook 14 OLED 1
Skrin ASUS Zenbook 14 OLED kaya dengan warna.

Kualiti binaan yang baik

Aspek kualiti binaan yang pada Zenbook 14 OLED ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan.

Memegangnya sahaja sudah cukup memberikan rasa premium dan tahan lasak.

Tidak hairanlah komputer riba ASUS terbaru ini lulus dan menerima pengiktirafan kualiti standad ujian ketahanan ketenteraan.

Sekaligus menjadikan Zenbook 14 OLED sesuai untuk dioperasikan walau dalam apa jua keadaan.

Zenbook 14 OLED 2
ASUS terus mengekalkan reputasi mereka dalam menghasilkan komputer riba berkualiti tinggi.

Kaya dengan pelbagai ciri premium

Sebagai sebuah komputer riba berprestasi dan berkualiti, Zenbook 14 OLED pastinya turut dilengkapi dengan beberapa ciri premium yang lain seperti ciri imbasa cap jari serta lengkap dengan sambungan untuk sokongan pelbagai peranti.

Zenbook 14 OLED 3
Ciri keselamatan komputer riba ini dipertingkatkan dengan ciri imbasan cap jari yang ada pada butang penghidupnya.

Rekaan moden yang diterapkan pada ASUS Zenbook 14 OLED ini menambahkan lagi elegen kepada pemiliknya.

Malah rekaan yang nipis serta ringan menjadikan ia mudah untuk dibawa ke mana-mana dan muat untuk diselitkan dalam beg yang sederhana saiznya.

Zenbook 14 OLED 4
ASUS Zenbook 14 OLED lengkap dengan sambungan USB 3.2 Gen 2 Type-A, Thunderbolt 4, HDMI 2.0b, bicu audio 3.5mm dan slot pembaca kad Micro SD.

Tidak cukup sekadar itu, menaip dengan papan kekunci Zenbook 14 OLED cukup selesa dan lancar.

Tersedia dengan lampu backlit menjadikannya selesa untuk ditaip walau dalam keadaan yang gelap.

Zenbook 14 OLED 5
ASUS Zenbook 14 OLED boleh dibuka sehingga pada sudut 180 darjah.

Harga mampu milik

Penulis mengharapkan Zenbook 14 OLED ini ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki.

Hari ini apabila diumumkan ASUS ia sememangnya tidak mengecawakan di mana, harga Zenbook 14 OLED ini ditetapkan bermula dari RM4,399.00.

Sungguhpun begitu

Disebalik kelebihan-kelebihan itu, terdapat satu isu yang sedikit menjengkelkan penulis dengan komputer riba ini iaitu isu panas sehingga menyebabkan kipas penyejuk Zenbook 14 OLED ini sering kali berfungsi pada kadar maksimumnya.

Bunyi kipas yang laju itu cukup menjengkelkan kerana bunyinya yang kuat dan mengoperasikan komputer riba ini ketika di riba, ia satu pengalaman yang cukup tidak selesa.

Zenbook 14 OLED 7
Touchpad Zenbook 14 OLED ini belum mampu menandingi kelancaran dan keselesaan yang ada pada komputer riba Apple Macbook.

Kesimpulan

Apa yang penulis dapat simpulkan di sini adalah ASUS Zenbook 14 OLED terbaru ini merupakan sebuah komputer riba berprestasi dan berkualiti.

Harga yang ditawarkan juga adalah berpadanan dengan spesifikasi yang ditawarkan, sekaligus menjadikannya antara komputer riba dengan sistem operasi Windows 11 terbaik dalam kelasnya yang ada ditawarkan di pasaran ketika ini.

Zenbook 14 OLED 6
Tak seperti Apple, ASUS tak kedekut untuk sertakan sekali penyambung USB bagi kabel ethernet bagi mereka yang memerlukannya.

Jadi kepada anda yang berminat, bolehlah melihat-lihat spesifikasi lebih lanjut model komputer riba ASUS Zenbook 14 OLED ini, di laman rasmi ASUS Malaysia.

Baca juga:

  • ASUS Lancar Barisan Model Zenbook OLED 14 Inci Dan 16 Inci Terbaru
  • Cantik Dan Paling Penting Mesra Poket, Ini Peranti Terbaik Untuk Raya Anda
  • Stesen Pengecas Kereta Elektrik Berkuasa Tinggi Pertama Di Asia Tenggara Dibuka Di Tangkak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY