Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Zenbook Pro_UX7602_UX8402_ Scenario photo_Family cut

ASUS Lancar Barisan Model Zenbook OLED 14 Inci Dan 16 Inci Terbaru

Diterbitkan Mei 23, 2022 · Dikemas kini Mei 23, 2022 oleh ariff bukhari

ASUS sebentar tadi telah melancarkan barisan model terbaru komputer riba popular mereka iaitu ASUS Zenbook 14 OLED dan Zenbook 16 OLED.

Bagi model 14 inci, ia terdiri daripada ASUS Zenbook 14 OLED, Zenbook Pro 14 Duo OLED dan edisi istimewa Zenbook 14X OLED Space Edition.

Zenbook OLED 14

Kesemua model bagi siri ASUS Zenbook 14 OLED ini dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru Intel Core Gen-12.

Bagi model Zenbook Pro 14 Duo OLED, kuasa grafik tertingginya menyokong sehingga disokong oleh cip dai NVIDIA GeForce RTX 3050Ti serta dilengkapi dengan skrin sentuh 120Hz.

Zenbook Pro 14 Duo OLED One Pager

Bagi model 16 inci pula, ASUS umumkan ASUS Zenbook Pro 16X OLED yang dilengkapi dengan paparan HDR 4K OLED.

ASUS Zenbook Pro 16X OLED dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core 17 Gen-12.

Komputer riba berprestasi tinggi ini juga dikuasakan oleh GeForce RTX 3050 untuk grafiknya, memori RAM 16GB serta sistem audio dari harman kardon.

Zenbook Pro 16X OLED One Pager

Harga jualan rasmi bagi ASUS Zenbook 14 OLED (UX3402) adalah RM5,599.00 (Intel Core i7) dan RM4,399 (Intel Core i5).

ASUS Zenbook Pro 14 Duo OLED (UX8402) berharga RM8,999 (bagi model yang dilengkapi dengan spesifikasi i7-12700H/16GB RAM/512GB/RTX3050Ti).

Bagi model edisi istimewa ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition (UX5401) pula, ia berharga dari RM 5,599 (bagi model yang dilengkapi dengan spesifikasi i5-12500H/16G/512GB) dan RM 6,499.00 (bagi model yang dilengkapi dengan spesifikasi i7-12700H/16G/1TB).

ASUS Lancar Barisan Model Zenbook OLED 14 Inci Dan 16 Inci Terbaru

Sementara ASUS Zenbook Pro 16X OLED (UX7602) dijual pada harga RM11,999 (i7-12700H/16G/1TB/RTX3060).

Untuk spesifikasi lebih lanjut bagi barisan model komputer riba ASUS Zenbook ini, sila layari laman rasmi ASUS Malaysia.

Baca juga:

  • iPhone 14 -Mungkin Ini Tarikh Pelancaran Dan Jangkaan Harga
  • Apple Dilapor Mula Menguji iPhone Dengan USB-C Tapi Mungkin Hanya Dijual Di Eropah
  • iPhone Tanpa Takuk Mungkin Hadir Dalam 2 Tahun Lagi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY