Cantik Dan Paling Penting Mesra Poket, Ini Peranti Terbaik Untuk Raya Anda

Selepas 2 tahun beraya PKP, akhirnya tahun 2022 orang ramai dapat balik beraya di kampung masing-masing.

Memeriahkan lagi raya anda pada tahun ini adalah dengan hadirnya 2 produk terbaru realme iaitu realme 9 dan realme Pad Mini.

Telefon raya terbaik tahun ini


Untuk raya tahun ini, realme hadir dengan telefon pintar terbaru paling berbaloi dimiliki iaitu realme 9 yang baru sahaja dilancarkan minggu lalu.

Sekaligus menjadikan realme sebagai peranti raya terbaik anda tahun ini.

Apa yang membuatkan realme 9 sebagai peranti raya terbaik anda tahun ini kerana harganya yang sangat mampu milik iaitu di bawah RM1,000.00!

Hanya berharga RM899.00 dan RM999.00, realme 9 dimuatkan dengan perkakasan yang cukup berkuasa.

Dijana oleh Snapdragon 680, realme 9 disertakan skrin bersaiz 6.4 inci dengan resolusi FHD+ serta dua pilihan RAM sebesar 6GB dan 8GB bersama storan pantas UFS 2.2 sebesar 128GB.



Malah paparan AMOLED dengan panel Gorilla Glass 5 nya boleh ditingkatkan kadar segar sehingga 90Hz.

Tidak sekadar itu, ia dilengkapi dengan kamera berkuasa 108MP ProLight dengan sensor Samsung ISOCELL HM6, 8MP(sudut lebar) dan 2MP (makro). 

Sementara kamera swafotonya pula menggunakan lensa 16MP Sony IMX471.

Kapsyen: Realme 9 merupakan peranti pertama di dunia yang menggunakan sensor ISOCELL HM6.


Jadi, apabila anda bergambar raya bersama keluarga, saudara mara atau sahabat handai di hari raya ini walau dalam apa jua keadaan sekalipun, realme 9 dapat merakam detik indah beraya anda itu pada kualiti terbaik.

Menggunakannya untuk sepanjang hari raya anda pula tidak menjadi masalah kerana ia dimuatkan dengan bateri sebesar 5000mAh serta menyokong pengecasan pantas 33W.

Tablet Nipis Dan Ringan


Sempena Hari Raya ini, realme Pad Mini amat sesuai dijadikan penghibur untuk anak-anak, menghiburkan tetamu yang hadir beraya ke rumah, mudah di bawa berjalan ketika berziarah raya dan macam-macam lagi.

Ini kerana rekaan realme Pad Mini yang ultra nipis 7.59mm dan hanya seberat 372 gram menjadikan ia mudah dibawa.

Kualiti material yang digunakan pula iaitu aluminium sekaligus menjadikannya selesa dan rasa premium apabila dipegang.

Kapsyen: Rekaan realme Pad Mini moden, nipis, ringan dan premium.

Saiz Kecil Tapi Skrin Besar, Cas Laju, Prestasi Padu


Untuk paparannya pula sememangnya sedap mata memandang dengan saiz skrin 8.7 inci serta dengan ciri Eye Comfort, memandang lama pada skrin peranti tidak meletihkan mata anda.

Anda juga tidak perlu risau tentang ketahanan baterinya kerana realme Pad Mini dimuatkan dengan bateri mega besar, 6400mAh.

Jadi, guna seharian bermain permainan, menonton video online atau tele sidang ZOOM dari pagi raya sehingga malam raya pun tiada masalah.

Kapsyen: Skrin besar realme Pad Mini puas ditatap.


Kalau bateri dah habis pula, anda tidak perlu tunggu lama untuk mengecasnya kerana ia didatangkan dengan pengecas pantas 18W. Tak perlu tunggu lama pun untuk bateri tablet ini penuh 100%.

Dari aspek prestasi pula pastinya tidak mengecewakan dengan cip pemprosesan berkuasanya iaitu Unisoc T616 yang memberikan prestasi premium pada anda.

Ditambah pula dengan storan pantas UFS 2.1, menjalankan aplikasi, menyimpan fail dan memuat data adalah sepantas kilat di realme Pad Mini.

Kapsyen: realme Pad Mini turut dilengkapi dengan kamera utama 8MP serta pembesar audio stereo.

Tablet Mampu Milik, Sesuai Jadikan Hadiah


Untuk semua spesifikasi baik itu, realme Pad Mini ditawarkan dalam 2 pilihan warna menarik iaitu warna biru dan kelabu hanya pada harga bermula dari RM699.00 (3GB + 32GB WIFI), RM749.00 (3GB + 32GB LTE) dan RM799.00 (4GB + 64GB LTE).

Tetapi sempena Hari Raya ini, realme tawarkan harga promosi bagi model realme Pad Mini (3GB + 32GB WIFI) hanya pada harga RM599.00 dan realme Pad Mini (3GB + 32GB LTE) pada harga RM699.00 sahaja.

Apa yang boleh disimpulkan adalah realme menawarkan 2 peranti terbaru mereka ini dengan spesifikasi prestasi terbaik pada harga mampu milik. 

Sekaligus menjadikan 2 peranti ini berbaloi dimiliki dan menceriakan lagi hari raya anda pada tahun ini.

*Advertorial ini dibawakan oleh realme