Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UK Kurangkan Plastik Dalam Pemasangan Rangkaian Kabel Gentian Optik

UK Kurangkan Plastik Dalam Pemasangan Rangkaian Kabel Gentian Optik

Diterbitkan April 9, 2026 · Dikemas kini April 9, 2026 oleh ariff bukhari

Zyxel Communications dan Openreach telah bergabung tenaga untuk mengurangkan pencemaran plastik dalam pemasangan rangkaian servis Full Fibre di UK.

Melalui kerjasama ini, Zyxel akan membekalkan Optical Network Terminals (ONTs) iaitu kotak elektronik yang dipasang di dinding yang menukar isyarat optik kepada isyarat elektrik yang digunakan oleh peranti isi rumah kini menggunakan sarung yang diperbuat daripada 95% plastik kitar semula yang dihantar menggunakan pembungkusan bebas plastik sepenuhnya.

Zyxel memaklumkan setakat ini sudah lebih 500,000 unit telah dipasang, dan jumlah ini dijangka meningkat seiring dengan pertumbuhan pelanggan.

Plastik kitar semula yang digunakan pula berasal daripada peralatan elektronik lama, peranti perubatan, komponen automotif dan peralatan keselamatan.

Inisiatif ini menyokong strategi “Let’s Reach Zero” Openreach, yang menyasarkan pengurangan karbon serta penyingkiran 100 tan plastik daripada rantaian bekalan mereka.

UK Kurangkan Plastik Dalam Pemasangan Rangkaian Kabel Gentian Optik
Selain mesra alam, ONTs ini dilengkapi teknologi Secure Boot, cipset generasi baharu Airoha, serta menyokong kelajuan sehingga 1.8Gbps, memenuhi keperluan Akta Keselamatan Telekomunikasi UK.

Openreach turut melangkah ke arah 2.5G Ethernet secara lalai, bagi memudahkan naik taraf pelanggan tanpa perlu lawatan teknikal tambahan.

Setakat ini, rangkaian gentian optik Openreach telah mencapai 22 juta premis, dengan sasaran 25 juta menjelang 2026 dan berpotensi 30 juta menjelang 2030 sebagai usaha memperkukuh infrastruktur digital UK.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Sistem Solar Parkir Kompleks PETRONAS Kerteh Jana Tenaga Bersih 344.52 kWp
  • Solar Berjaya Kurangkan Bil Elektrik Fasiliti Di Klang Ini Sehingga 50%

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY